Hiburan By: SGMS Faida February 17, 2019 @ 2:46am

‘Mereka Tak Mahu Bayaran’- Altimet Terharu 20 Penyanyi Sudi Menyanyi Di Konsert Terakhir

Penyanyi Altimet terkejut apabila dihubungi ramai rakan penyanyi yang sudi membuat persembahan di konsert terakhirnya malam tadi.

Akui Altimet pada awalnya beliau menawarkan token kepada penyanyi yang tampil di konsert tetapi ditolak baik oleh mereka.

“ Majoriti daripadanya menolak sewaktu saya bertanya sama ada mahukan bayaran saguhati (token) untuk tampil bersama di pentas.

“ Mereka tidak mahukan bayaran malah sudi menyanyikan lagu-lagu yang pernah dirakam bersama. Itu satu penghargaan buat diri saya yang tidak akan saya lupa sampai bila-bila,” katanya pada sidang media sejurus tamat konsert The Last Show Altimet di Dewan Merdeka, PWTC malam tadi.

Pelantun lagu Amboi ini berasa lega selepas selesai membuat persembahan terakhir di konsert yang dihadiri oleh hampir 5000 peminatnya.

“ Rasa macam baru habis jawab peperiksaan. Saya kira selepas ini saya sudah keluar dari zon selesa.

“ Ini permulaan baru yang sebenar dalam hidup. Selama ini saya sentiasa mencabar diri dengan melakukan perkara yang orang lain rasa mustahil dan kali ini saya lakukan hal yang sama,” katanya.

Altimet menganggap pengunduran dalam bidang nyanyian ketika namanya masih relevan adalah perkara yang mencabar. 

“ Mudah bagi seorang penyanyi yang mungkin lagunya tidak popular untuk mengundur diri. Tetapi berhenti di saat nama sewaktu di puncak, itu adalah cabaran terbesar,” katanya. 

Altimet membuat kejutan selepas mengumumkan mahu bersara daripada bidang nyanyian pada November tahun lalu sempena ulang tahunnya ke 40.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 11 Jun 2023

Disney In Concert: Live Your Dream Bakal Diadakan Di Genting Highlands!

Wahh Disney In Concert akan datang lagi Julai ni! 😍

Hiburan Tue, 31 Jul 2018

Sebak! Fazley Realisasi Impian Arwah Bapa

Tak sabarnya kami nak tunggu November! Kami doakan segala urusan Datuk Fazley dan isteri dipermudahkan Allah SWT.

Hiburan Wed, 25 Sep 2019

Nik Michael Tak Galakkan Anak Pilih Cef Sebagai Kerjaya Tapi Mesti Pandai Memasak

Siapa ingat dengan ‘chef’ selebriti, Nik Michael Imran? Pernah mengacarakan program Helo Bro…Tolong Masak, Dapur Panas dan memiliki restoran sendiri, PickNick, di Solaris Dutamas, Publika suatu ketika dahulu, kini Nik lebih selesa menumpukan perhatian kepada […]

Featured Tue, 14 Feb 2023

“Pakai Macam Ni Pun Kena…” – Lawat Kawasan Banjir, Young Syefura Kesal Terima Komen Lucah

Orang kalau dah bernafsu, tengok apa pun bernafsu kan.. Minta dijauhkan

error: Content is protected !!