Hiburan By: Padin April 5, 2024 @ 10:45am

Mesti Ramai Excited! Versi Seram Winnie The Pooh 2 Bakal Ditayangkan Di Pawagam Malaysia Lebih Awal

Saat yang ditunggu-tunggu telah pun tiba! Menjadi fenomena global tahun lepas dengan memperkenalkan Winnie The Pooh versi menggerunkan, filem tersebut kini kembali dengan sekuel yang pasti membuatkan peminat Malaysia tidak senang duduk pada 10 April ini.

Filem pertama dalam edisi Winnie The Pooh ini menjadi perbualan hangat tahun lepas bukan sahaja kerana pengolahan karakter yang berbeza tetapi turut mengundang kontroversi.

Bukan sahaja itu, tetapi suhu politik di Hong Kong, China yang sedikit panas pada tahun lepas yang menyebabkan tayangan filem tersebut dibatalkan pada saat-saat akhir tanpa sebarang alasan telah menghebohkan lagi topik tersebut antara netizen-netizen sedunia.

Walaupun menerima sambutan yang menggalakkan daripada peminat genre tersebut pengedar akhirnya terpaksa akur untuk menarik filem tersebut daripada ditayangkan di pawagam. Keputusan tersebut turut diikuti pengedar filem tempatan, menyebabkan filem popular tersebut gagal ditayangkan di pawagam tempatan.

Namun begitu, sekuel Winnie the Pooh: Blood and Honey 2 kini akan menghantui peminat di Malaysia apabila hak pengedaran filem tersebut berjaya diperolehi Mega Films Distribution.

Poster rasmi tayangan di Malaysia yang dikongsikan baru-baru ini menjanjikan Winnie The Pooh yang kejam akan menghantui pawagam di seluruh negara bermula 10 April ini. Dalam sekuel kali ini, Winnie The Pooh turut disertai karakter klasik lain termasuk Tigger dan Piglet.

“Filem ini telah berjaya mendapat tarikh tayangan awal di Malaysia, mendahului negara jiran seperti Singapura dan Thailand masih menunggu jawapan rasmi berkenaan tayangan di negara masing-masing.

“Dalam trailer yang dipromosikan Winnie the Pooh: Blood and Honey 2, beberapa babak yang dipaparkan dilihat memberi penghormatan kepada filem bergenre seram klasik seperti, IT, Scary Stories to Tell in the Dark, The Texas Chainsaw Massacre, Halloween serta Happy Death Day,” kata CK Chiah selaku wakil pihak Mega Films Distribution.

Poster rasmi tayangan di Malaysia tersebut amat mengujakan peminat dan kini telah menerima 500 ‘likes’ menandakan sambutan yang amat menggalakkan dalam kalangan penonton tempatan.

Bersedia untuk menerokai dunia seram Winnie the Pooh: Blood and Honey 2 di pawagam berdekatan anda bermula 10 April ini. Untuk maklumat lanjut berkenaan filem ini, sila ikuti page Facebook rasmi Mega Films Distribution.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 28 Nov 2021

Ganti Siti Nurhaliza Tahun Lalu, Shiha Zikir Gembira Dapat Mara Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 36 Dengan Lagu Sendiri

Penyanyi Shiha Zikir berjaya mara ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 36 dengan membawakan lagu AEWO gandingan bersama Noki K-Clique. Shiha yang mendapat tahu berita itu bagai tidak percaya kerana kali terakhir dia membawakan lagu […]

Hiburan Wed, 8 Aug 2018

Saharul Ridzwan Tak Mahu Bawa Watak Sama Lagi

Selepas lima tahun bergelar pelakon, Saharul mengaku pandangannya terhadap industri hiburan dan populariti sudah berubah.

Featured Mon, 25 Jul 2022
Hiburan Wed, 6 Dec 2023
Featured Tue, 27 Dec 2022
Hiburan Thu, 4 Jan 2024

Individu Dakwa #GengSubuhMacamJumaat Dapat Sambutan Hangat Hanya Untuk Berjumpa Artis? Ini Respons Alif Satar

Kenapa perlu dengki? Jangan kecam-kecam lagi…meh join #GengSubuhMacamJumaat

Featured Mon, 12 Jun 2023
Featured Sat, 27 Apr 2024
Hiburan Tue, 7 May 2019

许佳麟获「点播率冠军」奖项!首踏足北京领奖与献唱

歌手Danny许佳麟凭着《国民幻想》夺得了第九届「流行 音乐全金榜年度盛典」点播率冠军奖项!