Categories: HiburanSelebriti

Mewah Sebab Ditaja ‘Sugar Daddy’? Kilafairy Akhirnya Bersuara!

Mungkin dengan melihat gaya hidup pelakon ini di Instagram, netizen menyangka dirinya sedang ditaja oleh seorang lelaki kaya atau berpengaruh.

Bagi penyanyi dan pelakon Kilafairy, dia sudah lali dengan gosip sedemikian sejak awal pembabitannya dalam dunia seni lagi.

” Kalau tengok gambar acara yang dihadiri di Instagram, ia ditaja sepenuhnya oleh syarikat yang menjemput. Sebenarnya semua acara dan majlis yang saya hadiri adalah bagi mewakili Malaysia.

” Saya tiada masa untuk melayan dakwaan negatif yang memberitahu saya ditaja oleh sugar daddy,” katanya kepada Xtra.

Kila yang kini tampil dengan produk minuman kesihatan, Kilafit juga mengaku selesa tanpa teman lelaki dan belum bercadang untuk memikirkannya buat masa ini. 

” Saya mahu bekerja keras dan mengumpul aset sebelum berkahwin. Mengenai kritikan negatif, netizen boleh berkata apa yang mereka suka. Saya sudah biasa dengan kritikan dan hanya tergelak sahaja bila membaca di Instagram,” kata pemilik nama Syakila Nisa Jahangir Khan ini. 

SGMS Faida