Michael Ang Mohon Netizen Berpada Ulas Isu Najib Razak – “Tak Payahlah Nak Mengapi-apikan”

Terkenal dengan kelantangannya mengemukakan pendapat di media sosial, pengarah Michael Ang tampil menyarankan netizen untuk berpada-pada mengulas isu yang dialami oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Umum tahu, Najib menerima hukuman penjara selama 12 tahun serta denda RM210 juta selepas didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Menerusi perkongsian di Instagram, Michael telah memuat naik sebuah kenyataan supaya orang ramai ‘move on’ dan tidak keterlaluan mengeluarkan kata kesat terhadap Najib Razak.

“Salam semua. Kita semua move on aje ok. Love, peace & jaga diri sendiri and keluarga sendiri lagi bagus. Yang meyokong Pak Ajib pun tak payahlah nak salahkan orang lain.

“Yang happy Pak Ajib masuk penjara tak payahlah nak mengapi-apikan dengan kata-kata terlalu kesat!,” tulisnya.

Dalam kenyataan terbabit juga, pengarah itu turut menyatakan dirinya tidak berpihak kepada bekas Perdana Menteri, cuma dia tidak mahu netizen mengeruhkan keadaan.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respons daripada rakan artis dan pengikutnya.

Fatin Nurain