Mira Filzah Beri Hint Bercinta Dengan Zizan Razak

Kalau sebelum ini Zizan Razak telah memuat naik status di instastory beliau dengan menulis ayat-ayat berbaur rindu akan seseorang, kali ini Mira Filzah pula dilihat seperti menguatkan lagi gosip tersebut apabila tindakannya memuat naik story dilaman instagram miliknya itu seperti membalas status Zizan Razak sebelum ini. 

Justeru itu, ramai peminat dan netizen menganggap mereka berdua mempunyai hubungan lebih dari sekadar teman biasa seperti yang diwar-warkan sebelum ini.

Namun, seperti tidak mahu peminatnya terus berteka teki, Mira Filzah tampil membuat kenyataan bahawa gosip yang mengaitkan dirinya dengan Zizan Razak itu sama sekali tidak benar. Dan, menurut Mira story yang dimuat naik melali instagram miliknya itu tidak ditujukan sama sekali kepada pelakon Polis Evo 2 itu.

“Status itu bukan untuk Zizan. Kami hanya berkawan biasa sahaja. Buat masa ini saya juga tidak ada apa-apa yang mahu umumkan mengenai hubungan dengan sesiapa kerana fokus kini adalah kerjaya.” Katanya

Namun, menurut Mira dia tidak menolak hakikat bahawa Zizan merupakan seorang yang baik dan Mira selesa berkawan dengan Zizan buat masa ini. Tetapi, Mira juga berpendapat bahawa, beliau tidak mahu cerita yang sama mengenai dirinya dan Zizan Razak terus dikaitkan dan dijaja di dada-dada akhbar.

Salma Syahbuddin