Categories: HiburanSelebriti

MIRA FILZAH MERAJUK?

Betul ke pelakon dan pengacara terkenal, Mira Filzah  mahu mengambil keputusan menutup akaun media sosial miliknya?

Kenapa agaknya Mira? Merajuk ke dengan gosip-gosip liar yang melanda?

Tentunya ini antara persoalan yang timbul gara-gara catatan Mira  yang dia mahu berehat seketika daripada aktif dalam sosial media tanpa memberikan sebab musababnya.

Pemilik nama sebenar, Nur Amira Filzah Badioezaman ini megumumkan demikian melalui Twitternya.

Tulis bekas pengacara ‘Nona’ berusia 25 tahun ini:

Saya hanya ingin memberitahu anda bahawa saya mengambil rehat dari media sosial, jadi tidak hairan jika mengapa tidak ada sebarang kemas kini daripada saya. Itu sahaja.

Ekoran kenyataan itu, sepantas kilat para peminatnya  bertindak balas mempersoalkan keputusan tersebut dengan pelbagai persoalan antaranya mungkinkah Mira tidak tahan dengan komen negatif netizen.

Mira kemudian bertindak balas menafikan tindakannya ada kaitan dengan tekanan akibat   komen negatif kerana selama ini pun katanya beliau tidak hirau dengan sebarang gosip.

Mungkin Mira perlu ruang untuk berehat agaknya?

Setekat ini Instagram Mira Filzah yang mempunyai 2.7 pengikut masih wujud dengan pos terakhirnya dimuat naik tiga hari lalu.

Jangan lama-lama dah la Mira ya… kesian peminat awak!

 

SGMS Fas

Recent Posts