Misha Omar, Noryn Aziz Dan Siti Sarah Gabung Suara Untuk Konsert Soul Sisters

Konsert Soul Sisters bakal menampilkan tiga penyanyi hebat iaitu Noryn Aziz, Misha Omar dan Siti Sarah di Panggung Sari, Istana Budaya pada 5 dan 6 April 2019.

Konsert anjuran Edd Razhe Entertainment (ERE) itu menjanjikan persembahan berbeza daripada konsert yang pernah dipersembahkan di Istana Budaya.

Penerbitnya, Edd Razhe berkata, pemilihan tiga penyanyi hebat itu berdasarkan reputasi serta kemampuan mereka menyanyi secara langsung termasuk mendendangkan lagu bergenre Soul dan R&B.

“ Sudah sampai waktu mereka diberi peluang beraksi dalam konsert berprestij di pentas yang diidamkan semua penyanyi.

“ Bagi mencipta kelainan, mereka digabungkan buat pertama kali sebagai Soul Sisters sekali gus memberi peluang kepada peminat untuk menyaksikan persembahan hebat mereka,” katanya yang ditemui pada sidang media Konsert Soul Sisters di AcmeBar & Coffee, hari ini.

Konsert itu menampilkan Datuk Syafinaz Selamat selaku pengarah vokal konsert dan Datuk Nasser Abu Kassim selaku pengarah muzik.- Harian Metro.

 

SGMS Faida