Categories: Trending

Tukul Gergasi 453 kg Tepi Jalan Boleh Hilang, Biar Betul?

Pelik tapi benar! Bagaimana arca tukur seberat 453 kg boleh hilang? Sudahlah hilang, sehingga sekarang tidak boleh dikesan pula tu. 

Kejadian yang berlaku di Healdsburg, California ini amat memeranjatkan kerana bayangkan siapa pula yang ‘gigih’ mengangkatnya kerana arca ini begitu berat.

Arca ini dikatakan dipamerkan di hadapan pusat komuniti oleh Yayasan Ukiran Keluarga Voight. Ianya dipinjamkan sementara waktu.

Pihak polis Healdsburg masih mencari jawapan kemana hilangnya arca ini dimana tukul gergasi berukuran enam meter panjang hilang begitu saja. Pastinya amat susah untuk di curi kerana ianya berat semestinya dan besar

Lebih pelik, pihak berkuasa tidak menemui kesan kren atau treler ditemui di kawasan berkenaan.

Ya lah, paling tidak pun mestilah ada sebuah treler dengan penarik diperlukan untuk menarik tukul ini. Betul tak? 

Sumber: USA Today

SGMS Enal