Hiburan By: Padin September 2, 2023 @ 6:07pm

MK Tak Kesal Tuju Undur Diri Daripada K-Clique, Mohon Maaf Jika Ada Kesilapan

Penyanyi rap popular, MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, tak pernah kesal dengan keputusan ahli kumpulan K-Clique, Tuju yang memutuskan untuk mengundurkan diri daripada kumpulan berkenaan.

Menurut MK, dia memohon maaf sekiranya ada kesilapan dilakukan olehnya atau anggota K-Clique lain yang membuatkan Tuju tersinggung.

“Sebelum ini saya ada dengar, Tuju kata dia keluar K-Clique, tapi saya sendiri tak pasti di mana. Tapi bagi saya, kami adalah adik beradik, sudah macam keluarga.

“Jadi dia boleh keluar dan boleh masuk kerana hubungan kami dah macam adik beradik. Kalau ada perselisihan pun, kita selesaikan di dalam, maksudnya mungkin saya ada salah dengan dia, saya minta maaf.

“Alang-alang, saya di sini secara terbuka mahu minta maaf kalau saya ada salah silap dengan dia. Saya mewakili K-Clique mahu minta maaf kalau dia ada tersinggung atau ada buat dia terasa hati.

“Sejujurnya dari hati saya, saya minta maaf. Kami K-Clique sejak dulu sampai sekarang adalah keluarga, saya sentiasa akan bawa nama K-Clique. Sebab itu ada nama K-Clique di belakang MK,” katanya kepada XTRA.

Tambah MK, suami kepada Loca B itu telah mereka anggap sebagai ahli keluarga dan sekiranya dia mahu kembali, tangan sentiasa terbuka untuk menyambut semula kehadiran Tuju.

“Kami seperti keluarga, nama semua orang sentiasa dalam hati dan dalam doa. Jadi nak jangka dan tunggu kau balik, tidaklah, tapi macam mana pun kami tetap keluarga.

“Kumpulan K-Clique juga macam kumpulan lain pastinya ada reunion tapi buat masa sekarang, mungkin dia sedang melakar perjalanan dia.

“Jadi saya sokong dan mendoakan untuk dia melakar perjalanan yang berwarna warni. Insya-Allah. Kami juga hormat kepada privasi dan pendirian masing-masing,” katanya.

MK yang ditemui di majlis pengiktirafan Malaysia Book of Records di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam sebentar tadi.

Dalam pada itu, hero drama bersiri I Love You Stupid ini turut mengaku dia merindui kumpulannya.

“Ya saya rindu semua, K-Clique ada lapan orang dan kami dari susah, sejak zaman tiada nama dan sekarang, Alhamdulillah Allah bagi rezeki terkenal sampai semenanjung Malaysia dan juga Sabah dan Sarawak, jadi saya rasa orang boleh faham hubungan kami macam mana,” katanya.

“Insya-Allah kami akan keluar dengan lagu baharu, anda semua rindu K-Clique, saya pun rindu nak ‘perform’ dengan abang-abang saya,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 14 Mar 2019

“Saya Tak Pernah Pilih Watak”- Syafiq Kyle

Kalau sudah jadi pelakon popular pastinya pelakon tu akan memilih jenis watak ataupun projek lakonan kan? Tetapi berbeza pula dengan teraju utama drama bersiri Nur yang popular dengan watak ustaz Adam iaitu Syafiq Kyle.

Hiburan Mon, 30 Sep 2019
Hiburan Thu, 14 Feb 2019

Selepas Pujaan Hati Kanda, Kini Turn Leftenan Zana Pula Kena Kecam

Betul Ke Ada Yang Tak Kena Dengan Drama Leftenan Zana?

Events Thu, 26 Sep 2019

SuperPark’s Bringing “Super” to Your SuperHalloween Experience With Promos to Die For!

Swap screams for laughter this Halloween at SuperPark Malaysia.

Hiburan Sat, 6 Jul 2019

Jalan Cerita Lebih Gempak, Filem Nur Bakal Ke Pawagam Tahun Depan!

Lebih istimewa, kesemua pelakon drama Nur 2 dikekalkan untuk beraksi dalam filem itu.

Featured Mon, 19 Dec 2022

Video Tuju Pada Diri Sendiri Disalah Erti, Sherry Alhadad Mohon Maaf

Salah faham je ni.. Sherry pun dah minta maaf

Hiburan Sun, 13 Jan 2019

《L.O.V.E.》宣传之旅最终站!陈奕迅:我真的需要休息了

《L.O.V.E.》马来西亚宣传之旅为最终站!陈奕迅松口气直叹:“我真的需要休息了~”

Hiburan Tue, 3 Sep 2019

2019年《八度空间嘉年华》星光熠熠!超过三十组艺人轮番出场

在长达两天的嘉年华中,民众除了可以参与现场不同游戏摊位赢奖品外,还可跟超过30组的艺人近距离接触,可谓星光熠熠,势必为活动掀起一波又一波的高潮!