Mohon Henti Sebar Fitnah, Rakan Tolak Dakwaan Teman Lelaki Punca Syazlin Zainal Maut – “Depression Is Real”

Berita pemergian mengejut pelakon dan pempengaruh media sosial, Syazlin Zainal, 26, mendapat perhatian orang ramai serta rakan selebriti selepas ditemui meninggal dunia akibat terjatuh dari pangsapuri tingkat 22 di Johor pada Khamis.

Namun begitu, timbul satu andaian yang berlegar di laman Twitter dengan menyatakan bahawa arwah Syazlin dipukul kekasihnya dan perkara tersebut didedahkan oleh individu yang mendakwa dirinya kawan baik kepada Syazlin.

Susulan itu, individu bernama Aida Husnina yang merupakan rakan kepada Allahyarham Syazlin tampil memohon orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kematian Syazlin kerana boleh mengundang fitnah.

Namun begitu, menerusi hantaran Instagram Stories (IGS) @aidahusnina_, dia dilihat memberi sedikit bayangan mengenai kematian arwah berkait dengan masalah tekanan (depression).

Namun begitu, dia meminta untuk orang ramai berhenti menyebarkan maklumat yang tidak benar kerana dia mengetahui perkara sebenar yang berlaku.

Tambah, rakan arwah itu memohon orang ramai untuk mendoakan yang baik-baik untuk Allahyarham Syazlin dan meminta untuk menghormati arwah serta keluarga arwah.

Artikel Berkaitan:Pemergian Amat Mengejut, Hun Haqeem Dedah Sifat Sebenar Allahyarham Syazlin Zainal – “Tak Lokek Senyuman”

Artikel Berkaitan:Polis Sahkan Syazlin Zainal Maut Kerana Jatuh Tingkat 22 Pangsapuri

Artikel Berkaitan:“Sebab Tahun Lepas Tak Dapat Sambut…” – Berbaki 4 Hari, Hasrat Syazlin Zainal Nak Sambut Birthday Dengan Keluarga Tak Kesampaian

Atiqah Johari