Mohon Maaf & Doa Orang Ramai Sebelum Tunai Umrah, Netizen ‘Sound’ Fara Salleh Minta Maaf Dekat Rossa Serra – “Berhenti Kacau Laki Orang Lepas Ini”

Baru-baru ini, Fara Salleh telah memuat naik sebuah gambar yang memaparkan dirinya akan berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah bersama ibunya di akaun Instagramnya.

Oleh itu, dia membuat hantaran dengan memohon maaf atas salah silapnya dan minta dihalalkan makan minum.

“Assalamualaikum, buat yang mengenali saya, saya menyusun sepuluh jari mohon maaf dan ampun atas salah silap saya. Halalkan makan minum saya juga.

“Doakan perjalanan Umrah saya dan ibunda saya dipermudahkan dan lancar. In Shaa Allah. Amin,” tulisnya diruangan kapsyen.

Umum mengetahui, Fara Salleh pernah terpalit dengan masalah rumah tangga pelawak Shuk Sahar dan isterinya, Rossa Sera.

Sehubungan itu, wargamaya yang peka dengan kontroversi yang mendakwa dirinya sebagai orang ketiga memintanya untuk memohon maaf kepada Sera sebelum berangkat ke Mekah.

Menjengah diruangan komen, rata-rata mendoakannya mendapat Umrah yang mabrur dan mendapat jodoh yang baik-baik.

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir yang meninggalkan komen meminta Fara untuk bertaubat.

      

 

Atiqah Johari