“Turun Naik Kehidupan Mummy Banyak Beri Pengajaran” – Ucapan Anak Perempuan Didie Alias Mencuri Tumpuan!

Pelakon dan pelawak, Didie Alias menyambut ulang tahunnya yang ke-49 baru-baru ini dan dibanjiri dengan ucapan rakan selebriti dan peminat.

Turut mencuri perhatian, melalui perkongsian di Instagram anak perempuan Didie Alias, Diyana Redzuan turut memberi ucapan dan mengakui turun naik kehidupan ibunya memberikan pengajaran untuk sentiasa bersyukur.

“Terima kasih kerana menjadi role model dalam hidup nana, turun naik kehidupan mummy banyak memberi pengajaran dalam hidup nana untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang ada di depan mata dan untuk tidak pernah rasa tidak mencukupi dari segi kelengkapan harian nana,” tulisnya.

Tambahnya, Diyana yang lebih mesra dipanggil Nana memohon maaf jika telah melukakan hati ibunya dan menyifatkan dirinya anak perempuan bongsu yang kuat nangis.

“Nana minta maaf andai pernah melukai hatimu atau pernah terdetik rasa tidak bersyukur dengan apa yang telah disediakan oleh mummy. Nana hanyalah anak bongsu perempuan mummy yang cengeng.

“Semoga apa yang diimpikan oleh mummy, dapat ditunaikan oleh nana suatu hari nanti,” tulis Diyana.

Maya Basir