’Money Cannot Buy Class’- Aishah Sindir Vida Suap Berlian Dalam Mulut Anak?

Susulan sidang media penyerahan barang kemas dan berlian oleh Datuk Seri Vida, penyanyi Aishah terkejut dengan cara jutawan kosmetik itu.

Jutawan kosmetik itu turut menyelitkan ‘drama’ apabila Vida dilihat menyuap produk makanan keluaran anaknya, Cik B, berintikan hadiah berlian.

“I hanya boleh menyebut ‘Ya Allah…Ya Allah…Ya Allah…tak henti-henti. Bagi yang tak tahu, yang disumbat ke dalam mulut anaknya itu adalah salah satu hadiah berlian yang sepatutnya diserahkan kepada I mengikut terma penyelesaian kes ini,” tulisnya di Instagram.

Penyanyi Janji Manismu ini turut meletakkan tanda pagar #moneycannotbuyclass menerusi entri sama.

Sebelum ini, Aishah juga meluahkan tindakan Vida seolah memperlekeh permintaannya selepas menayang dan meletakkan dua berlian berharga masing-masing RM27,100 dan RM12,920 di dalam keropok.

Aishah berkata, dia juga tidak tahu menahu mengenai sidang media yang dibuat ahli perniagaan itu.

SGMS Faida