Categories: HiburanSelebriti

Muak Diasak Soal Cinta, Riena Diana Pilih Fokus Tentang Kerjaya

Pelakon Riena Diana mengakui dirinya kini kurang selesa untuk berbicara soal cinta, sebaliknya ingin memberi fokus sepenuhnya pada kerjaya.

Menurut Riena, dia sudah muak untuk membahas tentang perkara itu lagi kerana kerap diasak dengan soalan berkaitan kisah cintanya.

“Saya sebenarnya tidak selesa untuk bercakap soal cinta kerana menganggap setiap perhubungan mempunyai pasang surutnya.

“Saya rasa sebelum ini sudah banyak kali kisah cinta saya diperkatakan daripada putus cinta kemudian berbaik semula.

“Jadi sekarang ini saya mahu fokus pada kerjaya dan tidak mahu ada sebarang gangguan yang boleh membuatkan saya hilang konsetrasi,” katanya.

Memetik laporan mStar, aktres tersebut menyatakan dirinya kini tidak terikat dengan mana-mana lelaki dan dirinya kini masih single.

Malah, Riena juga sempat mengulas hubungan terkininya bersama bekas kekasihnya, Nik Afiq menerusi sebuah hantaran di Instagram Story (Igs) bagi mengelakkan berlakunya sebarang salah faham.

“Saya berkongsi di media sosial pun kerana tidak mahu hubungan kami disalah erti. Kali ini, keputusan untuk berpisah dibuat oleh saya dan dia.

“Saya menghormati dengan keputusan yang dibuat demi kebaikan bersama, lagi pun kami masih menjalani hubungan sebagai kawan baik.

“Ada banyak lagi perkara yang perlu saya capai dalam hidup ini, bukan sekadar bercinta dan berkahwin sahaja, ujarnya.

Sebelum ini, Riena mendedahkan hubungan cinta empat tahun bersama Afiq sudah berakhir dengan perpisahan dan kembali bertaut selepas sebulan terputus., pada Disember lalu.

Namun, aktres itu mengakui dirinya masih menyayangi bekas kekasihnya biarpun sudah tidak mempunyai sebarang ikatan.

Riena bagaimanapun enggan meletakkan sebarang status dalam hubungan mereka sebaliknya ingin memperbaiki kesilapan masing-masing dan berserah pada jodoh.

Sumber: mStar

Fatin Nurain