Muat Naik Foto Mesra, Hubungan Janna Nick & Nazim Othman Cetus Spekulasi? – “Bercinta Rupanya Sekarang…”

Pelakon dan pengacara, Janna Nick mencuri perhatian warganet selepas memuat naik foto mesra bersama pelakon, Nazim Othman menerusi hantaran di Instagramnya.

Menerusi perkongsian tersebut, Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 27, seolah-olah memberi bayangan bahawa dia kini sedang bahagia.

Malah, menerusi foto tersebut, jelas terpancar kemesraan antara kedua-dua pasangan ini apabila Nazim dilihat melentokkan kepalanya dibahu Janna seperti pasangan kekasih yang sedang bahagia.

“Let’s be weird together. Kadang-kadang anda bertemu dengan seseorang dan terus menjadi rapat.

“Anda selesa dengan mereka dan tidak perlu berpura-pura dan menjadi orang lain. Kami boleh bercakap berjam-jam dan tak pernah rasa bosan langsung. Terima kasih untuk masa awak @nazimothman,” tulisnya.

 

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut aktres ini memberikan respons positif sekiranya Janna dan Nazim menjalin hubungan cinta.

Bagaimanapun, peminat masih berteka-teki tentang hubungan mereka memandangkan sebelum ini, Dini Azan Schatzmann, 28, pernah memaklumkan bakal mengumumkan status hubungan cinta dengan Janna Nick, tidak lama lagi.

Dan, persiapan untuk pengumuman khas itu sedang diatur dan hanya menunggu masa sesuai untuk dimaklumkan kepada umum.

Salma Syahbuddin