Muat Naik Gambar Bersama Dua Isteri, Netizen Minta Ashraf Muslim Beri Tips Berpoligami -“Ni Level Mahaguru Ni”

Pelakon Ashraf Muslim bersyukur dan berterima kasih kepada kedua-dua isterinya kerana sanggup menjalani kehidupan susah dan senang sepanjang mereka bersama.

Perkara itu dikongsi Ashraf, 41, menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di Instagram miliknya.

“Lama tak post gambar bertiga. Terima kasih ku ucapkan kepada kedua-dua isteriku yang ku sayangi yang sentiasa membantuku dalam susah senang kehidupan ini.

“Kita lakukan sahaja apa yang Allah suka, insya-Allah dapat keberkatan darinya. Semoga Allah menyayangi kita semua dan memberkati hubungan kita sekeluarga. Ayah sayang mama dan ibu,” katanya.

 

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet berasa kagum dengan cara aktor berkenaan melayan dan mengendalikan keluarganya.

Bahkan, ada yang berseloroh berharap agar Ashraf dapat berkongsi tips bagaimana cara untuk berpoligami.

“Dah macam adik beradik, Bahagia sampai syurga hendakNya.

“Indah, bahagia, harmoni. Tunjuk ajarku sifu.

“Tips pleaseeee.

“Abang, minta tips satu dan dua pun jadi la.

“Ni level mahaguru ni,” komen netizen.

 

Sekadar info, Ashraf bernikah dengan isteri pertama, Noor Diyana Lokman pada 24 September 2011 di Mekah namun kontroversi melibatkan rumah tangga mereka mula mencuri tumpuan selepas didakwa timbul isu berkenaan zuriat.

Bagaimanapun, setelah 4 tahun melayari bahtera perkahwinan, pasangan ini akhirnya dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Anas Ashraf yang kini berusia 7 tahun.

Manakala, perkahwinan keduanya bersama Wan Sakinah Ahmad Saburi pula berlangsung pada 7 Julai 2013 di Thailand dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.

 

Sumber: Instagram

Salma Syahbuddin