Categories: HiburanSelebriti

Muat Naik Gambar Lucah Di Instagram, Netizen Label Iqram Dinzly Dah Gila

Rata-rata peminat dan followers Iqram Dinzly menyelar tindakan beliau selepas dipercayai memuat naik gambar tanpa seurat benang dan hanya menutup kemaluan beliau dengan patung beruang menerusi laman instagram miliknya semalam.

Dan disebabkan tindakan memalukan itu, rata-rata netizen berharap agar pelakon ini segera berjumpa pakar kaunseling kerana sering tampil dengan video-video kontroversi.
Bagaimanapun, Iqram menerusi laman instagram nya memberitahu bahawa niat beliau cuma mahu melihat gelagat netizen yang suka menempelak tindakannya, sedangkan pada masa yang sama beliau hanya memerlukan bantuan bagi menjelaskan hutangnya yang tertunggak serta bayaran penalti yang dikenakan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Hurm, apapun sama-samalah kita mendoakan agar Iqram Dinzly kembali ke jalan yang benar. Buat peminat, teruskan memberi sokongan kepada artis kesayangan korang ni okay!
Salma Syahbuddin