Categories: Trending

Kerana panik, wanita ini gunakan tuala wanita untuk hentikan pendarahan luka teman lelakinya!

Tuala wanita memang sangat membantu apabila wanita datang bulan, tetapi nampaknya lelaki juga boleh menggunakannya!

Baru-baru ini, akhbar China Press melaporkan kisah seorang lelaki dari Taiwan yang mengalami kecederaan teruk pada lengannya.

Luka itu berdarah dengan banyak sekali, tetapi teman wanitanya tidak menjumpai sebarang pembalut atau kotak kecemasan untuk menghentikan pendarahan berkenaan.

Berikutan terlalu panik, beliau cepat-cepat mengeluarkan satu tuala wanita yang baru dan dengan segera melekatkannya pada kecederaan tadi dengan pita pelekat perubatan.

Menurut China Press, tindakan wanita ini telah menyebabkan teman lelakinya terkejut dan malu. Pasti mana-mana lelaki pun akan malu jika ada sesuatu yang dianggap sensitif bagi wanita terlekat di tangannya!

Sebaliknya, teman wanitanya pula tidak berasa segan dan hanya berkata yang tuala berkenaan “mempunyai daya serapan yang tinggi”. Memang betul pun!

Akhirnya lelaki tadi layankan sahaja dan kongsikan pengalamannya yang lucu itu di laman media sosial.

Foto: China Press

Semestinya netizen seronok membaca kisah ini, dan ada antara mereka yang memuji teman wanitanya kerana bertindak pantas.

Sementara itu, seorang netizen memberi komen, “Pendarahan ini akan berhenti dalam masa tujuh hari.”

Seorang lagi pula berseloroh dengan komen, “Saya lebih suka jenis pembalut yang mengandungi mentol, ia boleh mengurangkan rasa sakit.”

Komen yang paling diingati datang daripada seorang ahli terapi profesional. Beliau setuju yang menggunakan tuala wanita adaalah satu tindakan yang bijak apabila tiada alternatif lain.

Beliau juga menasihatkan supaya tidak menggunakan tisu tandas dalam apa jua keadaan sekali pun untuk membalut luka, kerana ia akan melekat. Nanti lagi susah pula untuk dicuci. Apabila tiba masanya untuk menggantikan pembalut, pasti lagi sakit!

Pernahkah anda menggunakan tuala wanita untuk membalut luka sebelum ini? Ceritakan pengalaman anda!

Atau adakah anda akan cuba kaedah ini apabila ada peluang?

Sumber: World Of Buzz

Ad Ops