Muat Naik Isu ‘Viral’ Di Instagram, Baby Shima Dilihat Persoal Pendakwah?

Susulan beberapa isu hangat yang tular kebelakangan ini, penyanyi dangdut Baby Shima dilihat memuat naik hantaran menerusi Instagram Stories (IGS) yang berbaur sindiran kepada pendakwah-pendakwah yang sering lantang membuat teguran di laman sosial.

Shima yang sering mendapat teguran daripada golongan pendakwah dilihat bertanyakan tentang hukum amang seksual dan mempersoalkan kepada golongan tersebut kenapa berdiam diri mengenai isu sebegini.

“Apa hukum amang seksual? PU dan ustazah online tak nak ulas ke?,” tulis Shima.

Menerusi hantarannya yang kedua, Shima memuat naik satu tangkap layar artikel mengenai seorang penyanyi lelaki yang terlanjur dan turut bertanyakan adakah kes ini tidak diulas.

“Kes ni ustaz dan ustazah online tak nak ulas ke? Ohhh lupa tak ada nama dan gambar… #tegurpilih2,” bidas Baby Shima.

Terdahulu, Baby Shima mendapat teguran terbuka oleh beberapa orang pendakwah bebas gara-gara didakwa melakukan aksi ghairah bagi mempromosikan sebuah muzik video dan ditegur mengenai cara pemakaiannya yang dikatakan ketat dan tidak sopan.

Atiqah Johari