Muat Naik Petikan Sucikan Hati, Nur Fazura Kongsi Azam Tahun Baru? – “No Room For Hate In My Circle”

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura berkongsi azam tahun baru untuk tidak melayan perkara-perkara negatif dalam hidupnya.

Menerusi hantarannya di Instastory, Fazura memuat naik petikan oleh Mufti Menk mengenai amalan sucikan hati.

Menurut Mufti tersebut, hati yang penuh dengan kebencian sukar untuk menerima cinta daripada Tuhan.

“Purify your heart. Take the spite out of it. Your heart is a small organ. When you fill it with hatred, you’re preventing it from being filled with the love of the Almighty. Always ask Him to protect us from hearts that are consumed with hatred, envy etc,” tulis petikan berkenaan.

Sementara itu, Fazura turut meninggalkan azamnya untuk tidak memberi ruang kepada kebencian di dalam kehidupannya.

“No room for hate in my circle this year. Read that again,” tegasnya.

Terdahulu, Fazura pernah mengeluarkan kenyataan serik kena tikam belakang oleh rakan sendiri dan memilih untuk menjauhkan diri demi ketenangan hati.

ARTIKEL BERKAITAN:

ARTIKEL BERKAITAN:

ARTIKEL BERKAITAN:

Maya Basir