Disangka Anak, Rupanya Michelle Yeoh Timang Cucu

Baru-baru ini, tular berita pelakon Tan Seri Michelle Yeoh berkongsi foto kaki bayi baru lahir yang disangka bergelar ibu di usia 61 tahun.

Menerusi hantaran terbarunya di Instagram, dia tampil memberi penjelasan bahawa bayi tersebut merupakan cucunya.

“Thank you darling Nicolas and Drina for making us the happiest and proudest Grandparents! Welcome baby Maxime,” jelasnya.

Terdahulu, ramai yang membuat andaian mengenai status bayi yang di muat naik di Instagram.

Meskipun ada yang menyangka bahawa dia mengambil anak angkat atau melalui ibu tumpang namun ada yang meneka bahawa bayi itu cucunya memandangkan tiada berita kehamilan diberitahu.

ARTIKEL BERKAITAN: Muat Naik Foto Bayi Baru Lahir, Michelle Yeoh Jadi Ibu Pada Usia 61 Tahun

Untuk rekod, Michelle dan suami, Jean Todt selamat mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2023 selepas dikatakan mengikat tali pertunangan sejak tahun 2004.

Disember lalu, Michelle dan suami juga ada pulang ke Malaysia untuk meraikan majlis perkahwinannya yang diadakan di Ipoh, Perak.

Maya Basir