Muka Serious Tapi Lawak, Gelagat Zara Zya Buat ‘Pickup Line’ Undang Tawa – “Tak Pasal-Pasal Blushing”

Terkenal dengan sikap lawaknya yang bersahaja, pelakon Zara Zya sekali lagi meraih tawa dalam kalangan peminatnya di TikTok.

Menerusi hantaran di platform tersebut, Zara telah berkongsi potongan klip seorang individu sedang mengelap pemegang eskalator yang kotor.

Susulan perkara itu, Zara turut mengambil tisu yang mempunyai tulisan ‘I love you’ dengan bentuk hati dan menggosokkan pada solekannya lalu menunjukkan kepada umum.

@zarazyaofficial 🌹 #ZaraZyaOfficial ♬ original sound – ZaraZya

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata peminatnya terhibur dengan gelagatnya yang mencuit hati biarpun sedang serius.

“Dah la tengah mode serius dengan muka kau serius , tiba tersenyum pulak aduh 😆 kene kene kene kene.

“Aku yang sengih sengih pahal AHAHAHAAHHA.

“Apa nie kak, adoii tak pepasal blushing.

“Kak saya sengeh sensorang pastu ada org tengok,” komen peminatnya.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 356,500 tontonan dan 32,400 tanda suka.Terkenal dengan sikap lawaknya yang bersahaja, pelakon Zara Zya sekali lagi meraih tawa dalam kalangan peminatnya di TikTok.

Menerusi hantaran di platform tersebut, Zara telah berkongsi potongan klip seorang individu sedang mengelap pemegang eskalator yang kotor.

Susulan perkara itu, Zara turut mengambil tisu yang mempunyai tulisan ‘I love you’ dengan bentuk hati dan menggosokkan pada solekannya lalu menunjukkan kepada umum.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata peminatnya terhibur dengan gelagatnya yang mencuit hati biarpun sedang serius.

“Dah la tengah mode serius dengan muka kau serius , tiba tersenyum pulak aduh 😆 kene kene kene kene.

“Aku yang sengih sengih pahal AHAHAHAAHHA.

“Apa nie kak, adoii tak pepasal blushing.

“Kak saya sengeh sensorang pastu ada org tengok,” komen peminatnya.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 356,500 tontonan dan 32,400 tanda suka.

Fatin Nurain