Categories: HiburanSelebriti

‘Mungkin Saya Bukan Artis Viral…’- Hazami Kecewa Nama Terus Tenggelam?

Penyanyi dan guru vokal terkenal Hazami mengakui viral merupakan aspek paling penting diperlukan untuk ‘hidup’ di dalam industri hiburan.

Akui penyanyi berusia 44 tahun ini, beliau amat memahami kehendak industri hiburan selepas 17 tahun bergelar penyanyi profesional.

“ Saya bercakap bukan kerana kecewa tetapi ini merupakan realiti sebenar industri. Ini adalah ‘wayang’ yang perlu dilalu oleh setiap penyanyi atau pelakon.

“ Saya tidak bermaksud artis yang naik kerana viral itu tidak bagus. Saya beri contoh, Upiak antara penyanyi yang memiliki bakat besar namun memilih untuk menyerlah dengan identiti unik seterusnya menjadi viral.

“ Ingin saya tekankan di sini, bukan semua artis viral tidak berkualiti. Ada yang bagus. Cuma jika anda tanya saya kenapa tidak memilih untuk popular dengan cara menviralkan diri, saya tidak mahu,” katanya ketika ditemui di Majlis Ulang Tahun ke di Restoran Grand Sari Ratu Prima, Subang Jaya, baru-baru ini.

Dalam masa sama, pelantun Sonata Musim Salju ini mengaku karakternya yang agak pemalu menyukarkan untuk melakukan sesuatu yang viral. 

“ Kalau diikutkan, boleh sahaja saya beli viewers di You Tube untuk menampakkan lagu saya ditonton oleh jutaan orang. Tidak perlu semua itu, cukuplah saya dikenali dengan karya seperti Mungkir Bahagia dan Katakan yang menaikkan nama saya selama ini.

“ Macam saya kata tadi, pada masa ini sama ada seseorang itu boleh menyanyi atau tidak, itu tidak penting. Yang penting perlu viral untuk survive di dalam industri hiburan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hazami kini sibuk dengan persiapan rakaman lagu yang dicipta khas buat penyanyi Fauziah Latiff. Katanya, ibarat bulan jatuh ke riba, beliau sendiri tidak menyangka penyanyi wanita kesayangan ramai itu sudi menyanyikan lagu ciptaanya untuk projek akan datang. Good luck Hazami!

SGMS Faida