Nabila Huda Beraya Tanpa Anak

Oleh: Zaara Talita

Sambutan Aidilfitri tahun ini memberi suasana berbeza buat pelakon, Nabila Huda dan suaminya, Mohd Izwan Johar tanpa kehadiran Keisha Laila.

Nabila menjelaskan, tahun ini anak perempuannya itu bakal menyambut hari raya bersama bekas suaminya. Tambahnya, dia juga berharap orang ramai tidak terus menanyakan mengenai hal terbabit kerana ia bersifat sensitif kepada mereka sekeluarga.

“Tahun ini anak perempuan saya bakal beraya bersama ayahnya, jadi saya berharap usahlah bertanya dimana Keisha dan sebaliknya. Soalan itu sangat sensitif buat kami berdua kerana semua sedia maklum keakraban hubungan kami.

“Seperti semua sedia maklum, saya dan bekas suami mengambil giliran untuk beraya bersama Keisha. Jadi, tahun ini saya berharap orang ramai memberikan kerjasama dan tidak menanyakan soalan sensitif itu kerana ia bukan saja memberikan impak kepada Keisha tetapi dalam masa yang sama saya juga,” luah Nabila.

Nabila mendirikan rumah tangga dengan Izwan pada 25 Disember 2015.

Terdahulu, Nabila pernah berkahwin dengan Zaidi Zailani namun berpisah pada tahun 2011. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak, Keisha.

SGMS Faida