Categories: Hiburan

Nabila Razali Bawa Ibu Ayah Jalani Ibadah Umrah

Nabila Razali bersyukur dapat melaksanakan nazarnya yang ingin membawa ibu dan ayah menjalani ibadah umrah pada tahun ini.

Menurut Nabila, sebelum ini beliau pernah bernazar untuk membawanya kedua ibu bapanya ke Mekah jika diberikan rezeki membintangi watak utama dalam Hikayat Cinta Si Pematah Hati pada tahun 2017.

“Alhamdulillah selepas itu jadual pula tidak mengizinkan kerana terlalu sibuk. Sudah masuk dua tahun dan saya rasa tidak boleh tangguhkan lagi. Syukur ibadah dan semua urusan kami dipermudahkan”

Awal bulan lalu, menerusi Instagram Nabila memaklumkan bakal berangkat menunaikan ibadah bersama bapanya, Mohd Razali Mura dan ibunya, Shamsidah Abd Rahman selama dua minggu dan memohon kemaafan dari semua.

SGMS Enal