Featured By: Salma Syahbuddin December 8, 2023 @ 2:08pm

“Nak Cakap Lebih-Lebih Pun Tak Boleh, Sebagai Kawan Saya Mahu Dia Tenang” -Tak Mahu ‘Busy Body’, Nabila Huda Titip Kata Semangat Buat Kaka Azraff

Pelakon versatile, Nabila Huda tampil memberikan sedikit komen mengenai isu penamatan kontrak Kaka Azraff bersama Warner Music Malaysia.

Menurut Nabila atau lebih mesra dipanggil Abil, dia bersimpati terhadap nasib yang menimpa penyanyi itu dan sebagai rakan adalah tanggungjawab untuk memberikan kata-kata semangat buat pelantun lagu ‘Bukan Hal Aku’ itu.

“Hanya dia yang melalui situasi itu, saya taknak lah busy body, nak cakap lebih-lebih pun tak boleh. Saya sebagai kawan, saya hanya pastikan dia tenang.

“Dan, saya ada mesej dia melalui DM Instagram, berikan kata-kata semangat, saya kata ‘you got this girl, you stronger woman’.

“Saya tak mahu tanya dengan terperinci kerana saya faham keadaan dia ketika itu dan biarkan dia tenang dahulu. Saya kata, Insyaa-Allah ada sahaja rezeki pada masa akan datang, perkara sebegini tak boleh diduga,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

 

Nabila berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis sidang media Masked Singer Malaysia musim  ke-4 yang diadakan di Vivatel Hotel, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Dalam pada itu, Nabila Huda yang juga merupakan jiran kepada Kaka turut mendoakan agar penyanyi itu kuat dan dipermudahkan urusan.

“Saya dan Kaka sebenarnya kami jiran, suami saya rapat dengan mereka, selalu berjumpa.

“Hopefully, semua benda dipermudahkan lah untuk Kaka, kasihan dia, tak pasal-pasal kan,” jelasnya.

@xtra_my ‘Saya terkilan kerana ia ditamatkan secara tiba-tiba tanpa sebab jelas atau ruang perbincangan’ – Kaka Azraff #xtra #xtramy #beritaditiktok #beritaterkini #sembangentertainment #palestine ♬ original sound – XTRA

 

Sebelum ini, isu penamatan kontrak Kaka menjadi bualan hangat selepas namanya dipetik dalam sebuah akaun Instagram di bawah nama Jew Hate Database.

Malah, tangkap layar mesej langsung (DM) mengecam pempengaruh dan pelakon Australia pro-Israel, Nathaniel Buzolic, beberapa minggu lalu juga turut ditularkan pada hantaran Instagram akaun tersebut sekaligus menyenaraikan nama Kaka sebagai antisemitik.

ARTIKEL BERKAITAN:”Ini Berkenaan Akidah & Iman, Tiada Apa Yang Lagi Besar Dari Itu” – Alif Satar Mohon Kaka Azraff Tak Bimbang Isu Kontrak Ditamatkan

ARTIKEL BERKAITAN:Kontrak Ditamatkan? Ini Kenyataan Rasmi Warner Music Berkenaan Isu Kaka Azraff

ARTIKEL BERKAITAN: Profile Kaka Azraff Tersebar Di IG ‘J*w Hater’ Gara-Gara Pertahankan Palestin

ARTIKEL BERKAITAN: Kontrak Kaka Azraff Di Warner Music Akan Dibatalkan?

ARTIKEL BERKAITAN: Kaka Azraff Mohon Beri Ruang, Bakal Jelaskan Isu Kontrak Ditamatkan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 3 May 2018

3 Bahasa Asing Ini Boleh Menjanjikan Peluang Pekerjaan Yang Luas Untuk Anak Anda Kelak

Nanti senanglah nak berkomunikasi atau mencari kerja di syarikat-syarikat antarabangsa.

Hiburan Fri, 4 Jan 2019
Events Mon, 6 Jan 2020

Love At First Sight Hanya Di Mangala Resort & Spa

Mangala Resort & Spa, Gambang, Kuantan Memukau dan mempesonakan!

Trending Thu, 24 Dec 2020
Featured Tue, 27 Sep 2022

[VIDEO] Selepas Tular Harga Jam Mewah RM4 Juta… Fazura Kongsi Foto OOTD, Tapi Jenama Beg Dikaburkan 

Simple je ootd Faz, tapi terpegun min tengok beg tangan aktres jelita ni 😚😚 Ramai kata jenama Hermes tuu 🤩🤩