Featured By: Salma Syahbuddin April 1, 2024 @ 4:28pm

“Nak Dapatkan Syurga Allah Kan Penat?” – Umie Aida Akui Sukar Untuk Kekal Istiqamah

Pelakon Datin Seri Umie Aida berkongsi pengalamannya sepanjang tempoh penghijrahannya sejak 10 tahun yang lalu sebagai satu perjalanan yang sukar.

Katanya kepada XTRA, keputusan untuk mengenakan hijab pada tahun 2014 bukanlah mudah, memandangkan dia perlu menepis anasir yang boleh membuatkan dia mudah untuk berputus asa.

“Nak istiqamah apa yang kita sedang cuba lakukan memang susah. Sebagai contoh, rutin harian bangun pagi, tidur awal itu semua memang susah dan akan ada ‘ups’ and ‘down’ dia.

“Tapi, selalulah bermohon kepada Allah, ‘Ya Allah dengan ilmu tentang agama yang aku ada ini, bantulah diriku agar sentiasa istiqamah berada di jalanMu yang diredai’.

“Tetapi, kita jangan berdoa sahaja, kita kena ada usaha untuk kekal istiqamah. Janganlah berdoa tapi tak buat apa-apa.

“Penat memang penat tapi untuk nak dapatkan syurga Allah itu kan penat?,” katanya.

Dalam pada itu, pendekatan lain yang dibuat aktres popular ini agar sentiasa istiqamah adalah dengan memaksa diri hadir ke majlis-majlis ilmu serta sentiasa bersama dengan mereka yang juga mencari jalan yang diredai Allah.

“Setiap manusia itu memang lemah jadi kena sentiasa paksa diri untuk hadir ke majlis ilmu, paksa diri kita untuk sentiasa bersama dengan mereka yang juga mencari jalan yang diredai Allah.

“Paling penting, paksa diri kita untuk kurangkan daripada terjebak dengan perkara-perkara yang melalaikan,” ulasnya.

Sementara itu, Umie juga sempat menitipkan pesanan kepada mana-mana individu yang sedang berjuang untuk kekal istiqamah supaya kuat dan sentiasa mencabar diri untuk selalu mendekatkan diri dengan pencipta-Nya.

“Bila Allah bagi kita hidayah, cabar diri kita untuk berubah dan bagi masa diri awak selama 40 hari untuk berubah.

“Tapi jangan buat yang berat-berat, buat perkara yang asas sahaja dulu.

“Solat fardhu lima waktu itu, jangan sesekali tinggal walau apa pun terjadi. Kena selalu cabar diri kita sebab kita bukannya lahir-lahir dah memang baik, dan setiap orang itu hatinya berbolak-balik,” ujarnya.

Terdahulu, Umie  ditemui sewaktu sesi penggambaran poster bagi musim terbaharu drama Mok Cun yang diadakan di Sri Pentas, TV3 baru-baru ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 16 Jun 2023
Selebriti Wed, 6 Dec 2023
Hiburan Mon, 22 Aug 2022

“Menitik Air Mata Saya…” – Afdlin Shauki Dedah Punca Perceraian

Semoga dipermudahkan urusan buat mereka berdua dan keluarga.

Trending Sat, 22 May 2021

Kerana Sotong Masak Hitam, Netizen Panggil Siti Sarah ‘Bodoh’

Penyanyi Siti Sarah mendedahkan dirinya dikecam oleh netizen selepas berkongsi video dirinya sedang menyediakan juadah sotomg masak hitam. Ada warganet yang mendakwa sotong masak hitam haram dimakan lalu memanggil Sarah dengan gelaran ‘bodoh’. View this […]

Events Sun, 6 Jan 2019

One FM《新年嘟嘟好》造势活动开跑!歌词小抄被抢闹趣事

One FM《新年嘟嘟好》造势活动开跑!丁丁和李文杰演唱《财神到》时,歌词小抄被抢闹趣事~

Contest Mon, 20 Jan 2020

xtra好康头 | 送你《温拿L.O.V.E云顶演唱会》入门票

回忆杀!温拿五虎2月再合体,xtra好康头将送你演唱会入门票,让你重温首首经典好歌。

Cahaya Mata Wed, 11 Jan 2023

Buat Persiapan Awal Untuk Anak-Anak, Puteri Sarah Khuatir Meninggal Di Usia Muda

Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan sudah membuat segala persiapan jangka masa panjang buat anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah untuk meneruskan kelangsungan hidup. @mr.rullano Bagusnya Puteri Sarah buat planning untuk anak2 die. Bersedia in any situation. […]

Hiburan Wed, 15 Aug 2018

Tiada Sebab Beto Tolak Tawaran Berlakon KLGU

Jujur saya akui penggambaran drama ini sangat memenatkan. Maklum saja ia merupakan filem aksi namun kebersamaan kami dalam naskah epik ini membuatkan tempoh penggambaran berjalan tidak terasa lama.

Trending Mon, 10 Sep 2018