’Nak Nampak Serasi Dalam Drama Tak Perlulah Sampai…’- Ayda Jebat

Pelakon drama Asalkan Dia Bahagia, Ayda Jebat bersyukur gandingan pertamanya bersama pelakon Shukri Yahaya menerima respon positif.

Kata Ayda ketika ditemui XTRA, pasangannya dalam drama itu merupakan seorang pelakon yang amat profesional.

“ Abang Shukri merupakan seorang yang sangat easy going dan suka bergurau. Seronok dapat berlakon dengan orang yang ‘in character’ bila tiba di set.

“ Jangan salah faham, saya tiada masalah berlakon bersama pelakon lelaki lain juga sebelum ini,” katanya.

Tambah Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, meskipun mahu mencipta keserasian dengan pelakon lelaki namun dia tetap memasang had.

“ Bila berlakon dengan pelakon lelaki yang sudah berkahwin, kita sebagai perempuan perlu tahu jaga batas.

“ Tak perlu buat benda yang tak perlu. Banyak cara lagi untuk nampak serasi di kaca televisyen agar tidak nampak melampau.

“ Sebagai wanita, jika diberi tanggungjawab berlakon dengan pelakon lelaki yang sudah berkahwin, saya tahu batasnya. Bukan apa, bimbang kemungkinan yang membuatkan pasangan atau peminat mereka marah,” katanya.

Drama Asalkan Dia Bahagia karya Hani Fazuha kini mengisi slot Akasia TV3 ditayangkan pada Isnin-Khamis bermula jam 7 malam. Jangan lupa tengok ok!

SGMS Faida