Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir August 26, 2023 @ 1:18pm

Nama Che Ta Terpalit Isu Hantar Sihir, Azwan Ali Tidak Sebut Nama Sesiapa – “Siapa Makan Cili, Dia Terasa Pedas”

Pengacara sensasi, Azwan Ali tampil memberi penjelasan berhubung isu membabitkan namanya dan pelakon, Rozita Che Wan atau Che Ta yang tular baru-baru ini.

Memetik laporan Harian Metro, Azwan atau popular dengan gelaran Diva AA memberitahu tidak menyebut nama sesiapa dalam hantarannya di media sosial yang mendakwa dirinya disihir.

“Sebenarnya, saya tak sebut nama sesiapa. Saya adalah peguam dan bila kita tak sebut nama sesiapa, pusing ke mana pun, kita akan selamat.

“Dari segi undang-undang, tak ada kes. Lainlah kalau sebut nama begini, begini, jadi, memang boleh saman. Tapi, saya tak sebut sebarang nama yang sihirkan saya.

“Kerana apa yang sedang tular sekarang, mestilah pihak sana melenting. Aku sebut nama kau ke, ‘bedah’? Siapa makan cili, dia terasa pedas,” katanya.

Menurut Azwan, dia ada pergi berubat dengan seorang ustaz serta meluahkan rasa syukur kepada pengikut-pengikut yang mendoakannya.

“Sejujurnya, ada tempat yang saya berubat. Ada seorang ustaz yang ubatkan saya dan dia tak sebut nama sesiapa. Kepada pengikut-pengikut saya, saya rasa sangat sebak sebab saya masih hidup.

“Sebenarnya, saya sakit. Sakit, kalau ditanya memang sakitlah. Tergamaklah. Kenapa mesti marah sangat dengan saya? Memang saya mulut jahat. Saya akui. Tapi, tak payah sihir kot sebab terlalu sakit,” ujarnya.

Mengulas lebih lanjut, serangan sihir itu bermula sejak minggu lalu sehingga menganggu aktiviti hariannya.

“Ia bukanlah sisa-sisa rasa sakit atau apa, tetapi ‘serangan’ yang berulang. Dah setahun saya berubat dan saya okay sahaja. Tapi, sejak minggu lalu, saya ‘diserang’ semula.

“Saya rasa pelik sangat sebab saya tak dapat berjalan dan rasa badan saya seperti dibakar. Orang akan cakap, sikit-sikit, nak kaitkan dengan sihir. Orang bercakap begitu kerana mereka tak kena sendiri.

“Saya berusaha berubat sebelum bertolak dari Semenyih tadi. Saya hampir beritahu penganjur bahawa saya tak dapat hadir.

“Saya bangun pagi tadi, makan ubat, berikhtiar, dan saya kuat. Ditambah dengan doa-doa daripada pengikut saya. Terima kasih kepada mereka yang sentiasa mendoakan saya,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh Hantar Sihir, Che Ta Enggan Panjangkan Isu… Pilih Maafkan Azwan Ali

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 27 Feb 2019

Demi Album Pertama, Ayda Jebat Sanggup Berulang Alik Ke Jakarta

Lama dah kita tak dengar Ayda bawakan lagu Balada kan? Good Luck Adik!

Hiburan Wed, 18 Apr 2018

Sulli is Back with a Brand New Reality Show!

Sulli has been quiet for a while so this upcoming appearance is something to look forward to.

Trending Mon, 25 Nov 2019

Recruiting New Agents! Suit Up With New Ejen Ali The Movie Merchs From CJ WOW SHOP This December!

Ejen Ali Fans! Get excited this December because Ejen Ali The Movie merchs will be available on CJ WOW SHOP with an exclusive price!

Kisah Viral Tue, 26 Mar 2024
Featured Fri, 2 Aug 2024
Hiburan Wed, 27 Feb 2019

Ditahan Di Wad, Amyra Rosli Nafi Sedang Hamil

Kami di XTRA mendoakan agar Myra cepat sembuh dan boleh beraktiviti seperti biasa semula!

Hiburan Thu, 14 Nov 2019

Menyanyi Boleh, Mengaji Pun Sedap…Terbaiklah Bulan!

Mesti Mentor Black bangga dengan protegenya!

Featured Wed, 10 Aug 2022
error: Content is protected !!