Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Khairil Khusyairi March 26, 2024 @ 3:34pm

Bomba Siasat Influencer Ingkar Arahan Ketika Premis Terbakar – “Boleh Buat Content Tapi…”

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan siasatan terhadap seorang pempengaruh yang juga pemilik butik berikutan tindakan melanggar arahan apabila dia masuk ke dalam butik pakaiannya yang terbakar di Bandar Baru Bangi, Kajang pada Sabtu.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Pengarah JBPM Kedah, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, beliau juga telah mengarahkan supaya siasatan dilakukan terhadap kandungan TikTok dimuat naik pempengaruh tersebut.

Beliau berkata, pemilik terbabit telah melanggar arahan dengan masuk ke dalam butik meskipun pegawai bomba telah cuba menghalang lelaki itu dari masuk ke dalam premis.

“Dari segi keselamatan yang saya bimbang, kita tengok bomba memakai alat Pernafasan atau Breathing Apparatus (BA) sebab kita tahu bahawa bukan senang nak masuk kawasan yang ada asap.

“Tetapi apabila mereka masuk itu (ia) menyebabkan (risiko) satunya kepada keselamatan mereka.

“Prinsip utama kita apabila kita respons kepada kebakaran adalah kita cuba menyelamatkan nyawa,” katanya.

Nor Hisham menjelaskan, pihak bomba akan cuba menyelamatkan nyawa sekiranya ada penghuni dalam premis terbabit.

“Keduanya, adalah nyawa orang awam.

“Jikalau yang tidak ada dalam (premis) jangan masuk supaya kita tak terkorban. Ketiga, nyawa responden sendiri.

“Jadi dalam konteks ini, kita punya keutamaan kedua itu, dia (pempengaruh) langgar,” jelasnya.

Sehubungan itu, Nor Hisham memaklumkan, JBPM akan melakukan siasatan menyeluruh termasuklah dari aspek perundangan.

“Dari segi perundangan, kita akan melihat dua, tiga sudut tetapi satu sudut itu adalah bagaimana dia ingkar kepada perintah kita.

“Keduanya, dia menghalang keberkesanan kita melawan kebakaran itu,” ujarnya.

Beliau berkata, pempengaruh boleh memuat naik sebarang kandungan namun ia tidak sepatutnya sehingga boleh mengancam nyawa.

“Dia boleh buat content tapi jangan sampai mengancam nyawa.
“Keduanya ialah dia jangan sampai mengacau kelancaran melawan api.

“Sebagai contohnya dia masuk dalam premis itu dia buka pintu kan, sepatutnya jangan buka dan biar sahaja (supaya) kita lawan api,” katanya.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila pemilik butik terbabit memuat naik satu klip video berdurasi 46 saat di TikTok ketika berlaku kebakaran.

Sumber: Sinar Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 Jan 2020
Featured Thu, 21 Apr 2022

Zul Ariffin Hadiahkan SUV Mewah Kepada Bekas Kekasih

Wah! Bestnya Zul Ariffin bagi birthday present…

Hiburan Tue, 24 Jun 2025

Alif Satar Bimbang Keselamatan Keluarga & Rakan Di Doha

Alif Satar bimbang keluarga dan rakan di Doha, Qatar

Hiburan Fri, 11 Aug 2023
Trending Thu, 5 Dec 2019

BTS Creates History By Being The First Artist To Sweep All 4 Daesang Awards At MAMA 2019!

World-conquering boy ground sweep the biggest annual K-Pop awards for second year running.

error: Content is protected !!