Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 27, 2024 @ 5:55pm

Nama Terbabit Dalam Kes Gangguan Seksual, Ini Respons Qawiy Aro

Pempengaruh yang terkenal dengan video ‘tebuk mengaji’, Abdul Qawiy Abd Rashit tampil memberi respons berhubung isu tular mengenai dakwaannya terbabit jenayah gangguan seksual.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Abdul Qawiy atau lebih mesra disapa Qawiy Aro berkata tuduhan tersebut adalah tidak benar dan bersifat satu fitnah.

“Assalamualaikum semua, berkaitan isu dan kenyataan yang tular di social media tentang Qawiy.

“Ye sepatutnya Qawiy tak perlu pun balas dan jawab kenyataan atau surat terbuka yang tular, tetapi memandangkan ramai yang dah tahu isu ni dan untuk mengelakkan salah faham dan fitnah, Qawiy perlu jelaskan disini.

“Kenyataan dan cerita yang tular tentang Qawiy di social media adalah tidak benar & fitnah. Semoga kita semua dirahmati Allah s.w.t,” katanya.

Qawiy

Sebelum ini, nama Qawiy hangat menjadi sebutan di media sosial selepas tular laporan polis oleh seorang individu yang mendakwa pempengaruh tersebut memintanya melakukan perkara tidak senonoh.

Jelas individu tersebut, kejadian berlaku ketika mereka berhubung menerusi panggilan video.

Malah dia turut mendakwa Qawiy ada menghantar mesej berbaur lucah serta mendedahkan pempengaruh tersebut ada cubaan merabanya ketika mereka keluar bersama.

Susulan itu, terdapat seorang pengguna platform X menulis surat terbuka kepada Qawiy yang mendakwa dia telah menerima amaran daripada pempengaruh tersebut yang mahu memfailkan saman terhadapnya.

Qawiy

Artikel Berkaitan: Tebuk Bacaan Al-Kahfi, Netizen Puji Alif Satar – “Nyanyi Sedap, Mengaji Sedap… Boleh Buat Album Mengaji 30 Juzuk Ni”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 7 Oct 2020
Hiburan Thu, 29 Nov 2018

蔡健雅个人社交平台发布「遗书」歌迷涌入留言

自2015年后三年未发新片的蔡健雅,日前在个人社交平台发布「遗书」,让歌迷纷纷担忧涌入留言。

Events Thu, 10 Jan 2019

Singapore’s Iconic Comedian Kumar to Tour Malaysia!

The multi-talented queen will be visiting multiple cities and towns across Malaysia.

Hiburan Sun, 2 Feb 2025
Hiburan Sat, 21 Jul 2018

Ini Tips Berjaya Versi Vivy Yusof !

Rata-rata followers dan yang menjadikan wanita ini sebagai inspirasi bersetuju terhadap kenyataan yang dibuat oleh Vivy

error: Content is protected !!