Neelofa Akui Tak Pernah Urus Barang Rumah, Hanya Masak & Kemas Saja  – “Haris Beli Semua”

Selebriti popular, Noor Neelofa berkongsi semula sebuah video di Instagram Story miliknya menunjukkan suaminya, Haris Ismail sedang membeli barangan rumah.

Menerusi hantaran tersebut, ibu anak satu ini berkata dia tidak pernah menguruskan barangan rumah sepanjang perkahwinannya bersama Haris atau lebih mesra disapa PU Riz.

“Beli barang rumah memang saya tak pernah buat langsung. Tau-tau barang sampai untuk masak dan kemas saja. Segala jenis brand sabun, softener, tisu-tisue semua dia (PU Riz) yang pilih,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, menurut Neelofa, bapa mentuanya, Datuk Seri Ismail juga melakukan perkara yang sama.

“Ayah Pak Ustad pun macam ni.” ujarnya.

Sebelum ini, Neelofa mengumumkan bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa Umum Hamil Anak Kedua

Pasangan sejoli ini mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan anak sulung, Bilal pada 29 Januari tahun lalu.

Aqilah Paharuzi