“Ni Baru Betul Suara Ke Laut! “- Tunjuk Skill Menyanyi, Gelagat Ain Edruce Kenakan Suami Buat Netizen Berdekah

Gelagat pelakon dan pengacara, Ain Edruce menyakat suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa menerusi perkongsian video di laman sosialnya seringkali menghiburkan peminat.

Bahkan, ekspresi wajah Amirul yang bersahaja membuatkan peminat tidak kering gusi setiap kali melayan perkongsian pasanagn suami isteri ini.

Terbaharu, sempena menyambut ulang tahun ke-30 suami tercinta, Ain seperti biasa tidak melepaskan peluang merakamkan momen suaminya itu bernyanyi walaupun bukan pada tempo yang betul.

“Sempena birthday awak ke 30, saya nak 1 Malaysia tau bakat terpendam awak.. selain selalu buat lawak, awak pun penyanyi terhandal. HAPPY BIRTHDAY SAYANG. Love you daddy! 

” Semoga menjadi anak yang soleh. Taat kepada ibu bapa. Dan sayang isteri seadanya. Rajin-rajinlah upload gamba isteri dalam instagram kalau taknak video-video karaoke lain dikeluarkan. Thank you for being my number 1 supporter sampai dah jadi ambassador,” katanya.

Menjengah di ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respon dalam kalangan netizen yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat pasangan suami isteri ini.

“Ni baru betul suara ke laut, sebab nyanyi tengah laut.

“Tak apa lah bro, paling-paling pun ikan je dengar.

“First time tengok Amirul senyum, kalau tak sebelum ni muka memang tak ada perasaan.

“Menyanyi ke membaca tu?

“Sebaiknya bakatt erpedam macam ni, elok dipendam sahaja.” komen netizen.

 

Salma Syahbuddin