Neelofa & PU Riz Kongsi Persiapan Raya Tahun Ini, Mahu Lebih ‘Simple & Easy Going’” – “Baju Raya Sama…”

Pasangan selebriti popular, Haris Ismail (PU Riz) dan Noor Neelofa berkongsi tentang persiapan dan perancangan bagi menyambut hari lebaran yang bakal tiba.

Menurut Haris dan Neelofa persiapan raya mereka pada tahun ini adalah serba ringkas.

“Simple je Haris.

“Lofa pun makin simple tahun ini, Alhamdulillah.

“Bukan tahun ini saja, tahun lepas juga dan akan datang kita akan ‘make sure simple and easy going’, senang,” ujar mereka kepada XTRA dalam nada seloroh.

Haris dan Neelofa ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran mereka pada awal bulan ini.

Berkongsi mengenai persiapan untuk pulang ke kampung, Haris dan Neelofa memaklumkan mereka dan seluruh keluarga akan beraya di ibu kota pada hari pertama raya.

“Untuk balik kampung, kita punya acara tahunan raya ini boleh katakan sudah ditetapkan. Sebab semua keluarga, ibu dan ayah juga duduk berdekatan sahaja.

“Kedua-dua keluarga kami menetap di Kuala Lumpur. Jadi hari raya pertama akan ada di ibu kota saja dan mungkin selepas itu akan balik kampung ibu dan ayah,”kongsi Haris dan Neelofa.

Menurut Neelofa, dia turut berkongsi bahawa tahun ini bakal mengenakan baju raya sedondon bersama keluarga kecilnya itu.

“Kemungkinan raya kali ini ada persiapan juga..sebab dua tahun lalu kita berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tahun lepas pula kita raya mengejut.

“Jadi ada lah sedikit persiapan, baju raya sama sikit…begitulah,”kongsinya teruja.

Biarpun sedang berbadan dua, Neelofa memaklumkan aktiviti harian sepanjang bulan Ramadan menjadi lebih bertenaga.

“Untuk kehamilan kali ini, saya rasa lebih bertenaga dan sihat. Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya.

“Mungkin sebab saya ada pengalaman sebelum ini atau sebaliknya tapi apa yang saya lalui kali ini lebih mudah,” katanya.

Khairil Khusyairi