“Sihat-Sihat Ye Ulat Dia..” – Jijik! Dah Separuh Jamah Makanan Di Kedai Mamak, Baru Perasan Ada Ulat

Baru-baru ini, tular di laman sosial mengenai pelanggan yang sedang menjamah makanan di kedai mamak dan menyedari ada ulat hidup dalam menu tersebut.

Menerusi video perkongsian di TikTok, seorang individu merakam kejadian itu dan mendapati seorang pelanggan menunjukkan makanan yang sudah habis dimakan dipenuhi dengan ulat hidup berwarna putih.

@shamkapt ingatkan bising bising kenapa, rupanya mereka terkena, dah nak habis makan baru perasan,..#fypmalaysia #KKM #MPPJ #fyp #tiktokmalaysia ♬ original sound – Sham Kapt

“Ingatkan apa bising-bising kenapa, rupanya mereka terkena, dah nak habis makanan baru perasan,” tulisnya di kapsyen video tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa geli dengan keadaan ulat tersebut yang masih hidup dan bergerak.

Malah, ada yang mengatakan mereka tidak akan sama sekali makan di kedai mamak.

“Sihat-sihat ye ulat dia, dah berapa harilah dia bertapa kat situ. Lain macam nampak, kalau nak kata telur lalat bukan besar-besar macam tu.

“Ha, amalkan je lah port mamak. Aku takkan makan kedai mamak. Minum bolehlah. Selamat menjamu selera di kedai mamak sebab aku paling pantang makan kedai mamak. Setakat ngeteh tu boleh lah,” ujar netizen.

Nurul Hana