Nelydia Senrose Tak Jadi Berlakon Nur 2, Pengarah Cari Pengganti Sesuai

Pengarah dan penulis skrip drama Nur, Shahrulezad Mohameddin mengakui sedang mencari pelakon wanita yang bakal memegang watak sebagai Juita dalam drama Nur 2.

Menerusi laman Instagramnya, dia mengesahkan penarikan diri pelakon Nelydia Senrose yang sepatutnya membawa watak berkenaan.

“ Secara rasminya abam nak umum Nelydia Senrose tak jadi join berlakon dalam Nur 2 atas sebab peribadi yang mana abam hormat. Mungkin watak tu terlalu daring untuk dia yang sedang mengerjakan umrah sekarang,” katanya.

Sementara itu, dia turut meminta pandangan daripada netizen mengenai pengganti sesuai bagi watak Juita memandangkan penggambaran bakal bermula tidak lama lagi.

“ Korang boleh fikirkan tak siapa nak jadi Juita ni? Gelak-gelak juga, aku stress ni,” katanya.

Dalam masa sama, pengarah terkenal ini berpesan kepada Nelly agar tidak risau dengan situasi ini kerana dia memahami keadaan Nelly yang kini berada di tanah suci. Semoga mendapat Umrah yang mambrur ya, Nelly sekeluarga. Insya Allah…

 

SGMS Faida