Netizen Kecam Penampilan Masya Masyitah Tunjuk Leher

Penyanyi, Masya Masyitah kini dikatakan mula berubah apabila kerap tampil dengan imej yang kurang bersesuaian dengan wanita berhijab.

Terbaharu, timbul pula kisah lain mengenai gaya hijab yang dipakai artis berusia 22 tahun itu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Masya menggayakan hijab yang menampakkan bahagian leher.

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet sehingga ramai netizen mengecam tindakan Masya.

Penyanyi itu didakwa sudah mula berubah dan tidak lagi menitikberatkan soal penjagaan aurat bagi seorang Muslimah.

Malah, lebih panas apabila ada juga warganet yang beranggapan Masya akan menanggalkan hijabnya suatu hari nanti.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai reaksi terhadap perkongsian Masya itu.

Sumber: IG masyitah_masya

Khairil Khusyairi