Netizen Muak, Pasu RM400,000 Pecah Didakwa Gimik Murahan… Aliff Syukri Pilih Kunci Mulut -“Saya Dan Yana Masih Dalam Proses Berbincang”

Selepas video tular memaparkan pergaduhan melibatkan dirinya bersama pelakon Yana Samsudin dan suami, Fadzil Zahari akibat pasu hiasan bernilai RM400,000 yang pecah, usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri tampil memberi penjelasan selepas ramai yang beranggapan ia sekadar gimik murahan.

Aliff menerusi hantaran di Instagram memaklumkan, dia memilih untuk berdiam diri terlebih dahulu sebelum memberi kenyataan kepada media kerana dia dan pihak Yana masih dalam proses perbincangan mengenai isu terbabit.

“Saya, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarulzaman memilih untuk berdiam diri terlebih dahulu daripada memberi kenyataan kepada pihak media.

“Saya faham rakan media amat prihatin terhadap isu video yang viral antara saya dan Yana Samsudin. Pihak saya dan dia masih lagi dalam proses perbincangan.

“Kenyataan penuh akan saya berikan esok petang di Instagram dan Tiktok saya, @aliffsyukriterlajaklaris . Diharapkan agar semua rakan media dapat bersabar. Jika ada sebarang kekhilafan dekat mana-mana pihak,  saya memohon maaf terlebih dahulu,” katanya.

 

Sementara itu, Alif Farhan selaku penerbit juga tampil memohon maaf kepada pihak media kerana terpaksa berdiam diri pada ketika ini kerana  tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

“Minta maaf kepada semua rakan wartawan, saya sebagai penerbit terpaksa berdiam diri dari menjawab semua panggilan anda. Ini bagi mengelakkan daripada mengeruhkan lagi keadaan.

“Isnin ini (esok) saya dan juga lawyer (peguam) saya akan buat sidang media online (virtual) untuk menjelaskan tentang video yang telah viral (tular) itu,” tulisnya berserta emoji mohon maaf.

Terdahulu, Aliff berang sehingga menggelarkan pasangan selebriti itu sebagai kurang ajar kerana mengaku tidak bersalah memecahkan pasu dan mengambil pendekatan berdiam diri.

“Jenis dah pecahkan barang orang lepastu senyap saja, lepastu kurang ajar mengaku tak bersalah. Nak saya posting video lagi? Jangan sampai aib awak satu family,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Aliff Syukri Mengamuk, Dakwa Yana Samsudin Pecahkan Pasu Berharga RM400,000? -“Lepastu Kurang Ajar Mengaku Tak Bersalah!”

Salma Syahbuddin