Comelnya! Hanis Zalikha Kongsi Gelagat Hairul Azreen Bawa Alisa Pergi Kedai Naik Motor – “Helmet Tu Buka Dulu”

Selebriti dan usahawan Hanis Zalikha tampil berkongsi gelagat suaminya, Hairul Azreen membawa anak perempuan mereka, Alisa Aisyah ke kedai runcit, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, Hanis terhibur melihat reaksi anak perempuannya itu yang teruja dapat pergi ke kedai dengan menaiki motor.

Bukan itu sahaja, Hanis juga terhibur melihat penampilan anaknya yang mengenakan seluar senteng apabila keluar bersama suaminy, Hairul.

“Habit ke bapak-bapak ni bawak anak keluar pakai seluar senteng belacan,” tulisnya.

@haniszalikhaHabit ke bapak2 ni bawak anak keluar pakai seluar senteng belacan 😫

♬ dumb dumb – mazie

Melihat kecomelan si kecil itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons di ruangan komen.

Malah, ada juga yang geram dan terhibur melihat kecomelan Alisa mengenakan topi keledar biarpun sudah berada di dalam kedai.

Fatin Nurain