Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi September 17, 2023 @ 11:40am

Netizen Perlekeh Result Exam Anak Dapat 4 Flat, Sekali Kak KM Hambur – “Kau Anak Bodoh, Duduk Diam Sudah”

Nama usahawan kosmetik sensasi Liana Rosli atau lebih dikenali Kak KM kembali menjadi bualan hangat di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Liana meluahkan rasa bengang apabila terdapat sesetengah netizen yang memperlekehkan keputusan peperiksaan cemerlang anak perempuannya iaitu, Nabila Razman.

Bengang dengan perkara tersebut, Liana sekali lagi menghambur kata-kata kasar kepada netizen yang memperlekehkan kejayaan yang diperoleh anaknya itu.

“Aku tak pernah peduli dengan mulut bangsat di luar sana.

“Aku tahu anak aku bijak pandai, yang lain pergi mampus.

“Kau anak bodoh, duduk diam-diam sudah. Yang penting anak aku pelajar UM, anak kau? bodoh macam kau,” hamburnya.

Kak KM

Terdahulu, Liana berkongsi kegembiraan apabila anaknya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan di Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMMCed).

Liana berasa bangga apabila anaknya memperoleh anugerah dekan bagi dua subjek yang diambil Nabila dalam semester tersebut bagi program Diploma Pengurusan Perniagaan.

“Ni bukan biasa-biasa pandainya. Anak bijak pun rezeki. Cemerlang smua keputusan Ingat senang ke nak cemerlang?

“Kau kena tekun belajar. Syukur Alhamdulillah ni semua hasil usaha anak mama sendiri. Akak lah harapan mama, mama bangga sangat. Akak bijak ikut mama lah,” luah Liana bangga.

Kak KM

Dalam pada itu, menjengah ke profil Nabila pula, dia meluahkan rasa syukur dengan pencapaiannya meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

“Sesetengah orang rasa ia bukanlah apa-apa tapi untuk Bella, itu satu pencapaian untuk diri sendiri. Bella tak bersaing dengan sesiapa tetapi dengan diri sendiri.

“Harapan Bella untuk buat mama bangga , bukan satu Malaysia bangga dengan Bella.

“Tolong ingat satu benda , ‘sentiasa bersangka baik dengan Allah’,” tulisnya.
Kak KM

ARTIKEL BERKAITAN: “Jahanam Harta Aku, Macam B*bi…” – Kereta Alphard Remuk Rempuh Tembok, Netizen Terkejut Kak KM Hambur Kata Kesat Pada Suami?

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Kau Manusia, Bukan Kambing,” – Mulut Akan Bau Busuk, Muka Jadi Lesu… Kak KM Tegur Jangan Terlalu Cut Sugar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 5 Sep 2019

Anak Muda Kg Cherating Menang Luncur Ombak di India

Dalam persiapan menghadapi Sukan SEA 2019.

Hiburan Thu, 9 Aug 2018

#CintaBukanKristal; Watak Aryana Tak Sama Dengan Husna

Tetapi bila melakonkan watak ini, terdetik dalam hati berkata, I will never do this to anyone (saya tidak akan lakukan hal ini terhadap wanita lain).

Featured Tue, 1 Nov 2022
Featured Wed, 13 Apr 2022
Featured Tue, 27 May 2025

Terima Sambutan Luar Biasa! Konsert Inteam Ditukar Ke Lokasi Lebih Besar, Tampil Persembahan Istimewa Untuk Peminat

Inteam terharu jualan tiket habis terjual. Tukar lokasi lebih besar untuk peminat.

Featured Sun, 12 Mar 2023

JHEAT Sahkan Ustaz Azhar Idrus Tiada Tauliah Di Terengganu

UAI telah dipanggil sebanyak tiga kali oleh JHEAT untuk menjalani proses temuduga pemegang tauliah

Featured Wed, 9 Nov 2022

[VIDEO] Lafaz 2 Kalimah Syahadah, Marine El Himer Akui Sudah Memeluk Islam

Model dan bintang terkenal Perancis, Marine El Himer mengejutkan semua pihak apabila mengumumkan dia sudah memeluk Islam menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.   View this post on Instagram   A post shared by 🇫🇷 […]

Trending Tue, 27 Aug 2019

Dibius Dan Didera Secara Seksual Oleh Doktor Bedah

250 Kanak-Kanak Didakwa Dibius Dan Didera Secara Seksual Oleh Seorang Doktor Pakar Lebih 3 Dekad

Contest Thu, 18 Apr 2019

xtra好康头 | 送你《张敬轩HINSIDEOUT云顶演唱会》入门票

送你去看张敬轩《HINSIDEOUT》云顶演唱会,让你感受「轩式」情歌的现场魔力!

error: Content is protected !!