Netizen Sebak Bila Sajat Kongsi Video Bersama Anak – “Boleh Tegur & Marah, Bukan Ketuk Dengan Batang Penyapu!”

Usahawan kontroversi, Nur Sajat menyelar perbuatan sesetengah ibu bapa yang mendera anak-anak mereka.

Berkongsi hantaran terbaru di akaun Instagram, Sajat memuat naik sebuah video dirinya ‘memarahi’ dua anak angkatnya, Syahmi dan Syaza dengan kapsyen yang menyentuh hati warganet.

“Pepohoh pokok tidak akan berliuk liuk, jika tidak di tiup angin. Anak bukan untuk kita luahkan perasaan, tak kiralah siapa pun anak kita, jaga mereka seikhlas hati..

“Kita boleh menegur anak kita dan marah mereka, tetapi bukan ketuk mereka dengan batang penyapu.. Tunjuk hanger tu, itu adalah tanda amaran.. Bukan hempuk mereka ngok ngek,” tulisnya.

Sajat yang kini menetap di Australia turut meluahkan rasa rindu terhadap dua orang anak angkatnya itu.

“Saya rindu anak saya.. Bila tengok anak kecik kena pukul.. rasa sedih sangat.. Minta-minta anak tu dilindungi.

“Adik dan abang.. Ummi rindu adik dan abang.. Nanti kita jumpa ye sayang. Kadang orang yang sempurna belum tentu boleh menjaga anak anak istimewa.

“Bila orang tidak sempurna menjaga anak dengan sempurna, selalu di soal dan di salah erti adakah sempurna didikan dan penjagaan mereka. Moral of story, don’t judge book by is cover.

“Hope one day, we be together sayang-sayangku.. Ummi love you and miss you so much,” tulisnya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata warganet turut sedih selepas melihat video serta membaca kapsyen hantaran terbabit.

Mereka turut mendoakan yang terbaik untuk Sajat dan anak-anaknya.

Padin