Netizen Tak Suka Kalau Syed Saddiq Ada Apa-Apa Dengan Neelofa?

Sekarang ini di mana-mana sahaja orang akan memperkatakan tentang kehebatan dan kredibiliti pemimpin muda, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Bukan sahaja dipuji bijak dalam berdebat, malah kekacakan rupa paras Saddiq turut menarik perhatian lebih-lebih lagi di kalangan wanita.

Populariti yang dikecapinya membuatkannya beliau dijemput menjadi tetamu rancangan Meletop, Selasa lalu.

Selepas rancangan itu berakhir, netizen mula memberikan ‘amaran’ agar jangan sesekali menimbulkan tanda pagar #SaddiqLofa.

Ini susulan Saddiq memuat naik gambarnya dengan Neelofa dan Nabil beserta kapsyen, “Nampak tak biru yang lebih muda ;), thanks for the amazing show”, di laman sosial Instagram dan Twitter miliknya.

Selepas itu berdoyon-doyon pengguna Twitter melarang jejaka kacak itu daripada terus hanyut dibuai cinta selebriti tempatan.

Sebagai contoh, seorang netizen @brgsjks menulis, “Ok Saddiq balik sekarang Saddiq, negara memerlukan anda. Banyak lagi kerja yang kau kena settlekan ok lupakan Neelofa dan kalau dia text kau malam ini, jangan reply sebab aku taknak ada Saddiqlofa. Never.”

@Hanisyuhaida pula ‘mengizinkan’ YB kesayangannya itu dengan mana-mana wanita tetapi tidak dengan Neelofa dan Elfira Loy.

Sebelum ini, nama Saddiq turut dikaitkan dengan pelakon Emma Maembong selepas aktres itu memuat naik video mereka di Instagramnya sebaik kemenangan berpihak pada pemuda tersebut.

Namun, menerusi kenyataanya kepada KopiPlanet.com, Emma menafikan dia mempunyai hubungan istimewa dengan Saddiq sebaliknya sudah lama mengenali jejaka itu sejak dua tahun lalu.

“Orang kecam sebab muat naik gambar Syed Saddiq dan ramai juga yang tuduh saya cuba nak mengurat beliau, sedangkan kami dah lama kenal sejak dua tahun lalu. Perkenalan kami sebenarnya bermula apabila pengurus saya yang minat sangat dengan Syed Saddiq.

SGMS Enal