Netizen Tanya Rahsia Langsing, Apa Jawab Lufya Omar?

  1. Pelakon dan penyanyi Lufya mengaku gemar berkongsi tips kesihatan dalaman wanita di Instagram semenjak sudah bergelar ibu.

Kata Lufya ketika ditemui Xtra, dia seronok dapat membantu para pengikutnya yang bertanyakan tips mengekalkan bentuk badan walaupun sudah melahirkan anak.

“Jujurnya saya beritahu kepada mereka, saya mengamalkan cara tradisional dalam menjaga penampilan iaitu pengambilan jamu.

“Saya juga berkongsi cara menghasilkan jamu di Instagram. Alhamdulillah, ramai suka dan turut amalkannya,” katanya.

Atas sebab itu juga, Lufya juga mula berjinak dalam dunia perniagaan jamu, baru-baru ini.

“Saya namakan produk saya sebagai Jidah Haura (sempena nama anak, Haura). Sejak kecil, mama dan nenek selalu mengajar cara hasilkan jamu yang baik.

“Awal pagi lagi kami sudah ke pasar mencari bahan segar atau mama akan ke kebun untuk mendapatkannya. Contohnya seperti halia, mama akan ‘turun padang’ ke kebun.

“Insha Allah produk Jidah Haura ini akan berada di pasaran tidak lama lagi,” katanya.

Lufya dan Dr Che Muhammad Hafiz berkahwin pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak bernama Laana Haura.

Dalam perkembangan lain, Lufya juga bakal kembali ke set penggambaran tidak lama lagi selepas baru sahaja menerima tawaran berlakon dari sebuah produksi tempatan.

SGMS Fas