Selepas Ashraf Muslim, Giliran Shamsul Ghau-Ghau Berangkat Tunai Haji

Alhamdulillah…pelawak dan penceramah motivasi, Shamsul Ghau-Ghau berangkat ke tanah suci bagi mengerjakan ibadah Haji kali kedua, semalam.

Shamsul atau nama sebenarnya Shamsul Azahar Aliddin juga bertugas menyantuni dan menguruskan 29 jemaah lain bersama agensi pelancongan, As Saffwa Travel.

Menurut isterinya, Syarifah Azrinah Syed Ibrahim, suaminya memohon maaf dan berharap semoga Allah menerima amal ibadahnya dan diberi kesihatan yang baik.

“Kali pertama suami menunaikan ibadah haji adalah pada 2012. Alhamdulillah, Pak Su dikurniakan rezeki untuk menunaikan haji buat kali kedua,” katanya dihubungi Harian Metro.

Menurut Syarifah Azrinah, suaminya dijangka pulang ke tanah air pada 1 September ini dan sebelum ini menunaikan umrah dua kali setahun.

“Saya berharap supaya peminat dan pengikut Pak Su dapat mendoakan kesejahteraan kepadanya, selain diberi kesabaran untuk beribadah,” katanya.

Katanya, suaminya juga berpesan supaya menguruskan tiga anak mereka dengan baik yang berusia enam hingga 14 tahun.

SGMS Faida