Netizen Terkejut Tengok Puteri Sarah Hisap Vape Semasa ‘Live’, Pembantu Tampil Beri Penjelasan – “Tak Ada Bahan Nikotin Hanya Perasa…”

Tindakan pelakon Puteri Sarah yang didakwa menghisap rokok elektronik atau vape semasa siaran langsung di TikTok mengundang kecaman netizen.

Menerusi siaran langsung pembantu peribadinya iaitu Acu di TikTok, dia menjelaskan vape tersebut miliknya namun ia tidak mengandungi sebarang kandungan nikotin.

Dalam pada itu, Acu turut memohon maaf kepada peminat Sarah kerana tidak berniat untuk mengajarnya tabiat buruk.

“Apabila Puteri Sarah mula membebel, saya pun hulurkan vape itu. Saya minta maaf sebab terbagi benda itu kepadanya.

“Saya tidak mengajar dia menghisap vape, ia silap saya. Saya minta maaf banyak-banyak kepada peminat Puteri Sarah.

“Pod ni saya beli di Jakarta dan tidak mengandungi bahan nikotin seperti yang dijual di Malaysia,” jelasnya.

Sementara itu, Sarah yang berada di siaran langsung itu juga menegaskan vape yang dihisap itu hanya mengandungi perasa sahaja.

“Korang semua jangan risau. Kalau dekat Malaysia memang ada nikotin tetapi yang dibeli dari Jakarta seperti shisha.

“Ia hanya kosong tiada nikotin dan hanya mempunyai perasa,” ujar Sarah.

Terdahulu, tular di media sosial Puteri Sarah menghisap vape beberapa kali dan menghembus asap pada skrin telefon semasa membuat ‘live’ di TikTok bersembang mengenai isu pecah amanah yang dilakukan oleh pekerjanya.

Maya Basir