Noor Nabila Lebih Bahagia Selepas Bercerai?

Pada tanggal 4 September 2019, kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa menyambut hari jadinya yang ke 34 buat pertama kalinya tanpa kehadiran suami di sisi. Rasanya masyarakat sudah maklum kemelut penceraian Noor Nabila dan suaminya, pelakon Sharnaaz Ahmad baru-baru ini apabila Nabila telah  memuatnaik gambar di kompleks Mahkamah Syariah di insta story miliknya hujung bulan lepas. 

Baca:https://www.xtra.com.my/aj/category/celeb-buzz/posts/sah-nabila-fail-perceraian-terhadap-sharnaaz-ahmad

 

Gambar dari instastory @noornabila

Gambar kek Bella dari instastory @rosixomar

Bella dikelilingi teman-teman rapat pada sambutan hari jadinya yang ke 34 – dari instastory @rosixomar

Walaupun tanpa suami di sisi, ibu kepada Jebat Jayden ini yang baru juga mencecah umur setahun pada 30 Ogos yang lalu, kelihatan ceria dikelilingi teman-teman rapatnya semasa sambutan hari jadinya yang ke 34 di restoran Nero Nero, berlokasi di DC Mall Damansara. Nabila yang juga dikenali sebagai Bella kelihatan sungguh anggun dan cantik memakai ‘dress’ berwarna merah dalam majlis itu. 

Ucapan hari jadi yang menyentuh perasaan dari Bella buat anaknya Jebat Jayden yang baru berusia 1 tahun 

 

Happy Birthday Mommy Jebat!

Kami dari team Xtra ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 34 kepada Bella dan semoga  beliau tabah mengharungi hari-hari yang mendatang dan sentiasa dirahmati Allah swt. 

Del14