Noorkhiriah Tak Mahu Bergambar Dengan Selebriti Tak Bertudung?

Pelakon dikenali melalui watak Aisyah dalam drama Nur dan Nur 2, Noorkhiriah tidak mahu mengulas dakwaan tidak mahu bergambar bersama artis tidak bertudung di media sosial.

” Saya tak mahu komen apa-apa mengenai perkara itu. Maaf sebab lebih baik tidak mengulas mengenainya.

” Buat masa ini, saya lebih selesa fokus pada lakonan dan keluarga. Alhamdulillah, rezeki pun dimurahkan Allah,” katanya.

Dalam pada itu, dia mengaku mula merindui watak Aisyah yang dilakonkan dalam drama Nur dan Nur 2.

Katanya, impak watak itu memberi kesan besar dalam kerjaya lakonan dan kehidupan kerana berpendapar tidak
ramai wanita yang mempunyai tahap kesabaran sekuat Aisyah.

” Terus terang saya sangat bersyukur mendapat kepercayaan daripada pengarah drama Nur dan Nur 2 untuk melakonkan watak berat seperti itu,” katanya.

Pelakon itu juga belum pasti sama ada akan terbabit dalam pementasan teater Nur susulan wujud cadangan drama yang baru menang dalam anugerah ASK dan DFKL baru lalu akan dipentaskan di pentas teater.

” Tak berani saya nak komen lebih-lebih apatah lagi mengenai watak Aisyah dalam teater itu nanti sebab masih terlalu
awal.

” Lagi pun saya tidak tahu apa-apa mengenai cadangan itu sebab agak sibuk,” katanya baru selesai menjalani penggambaran sebuah telefilem baru lalu.

Oleh: Endy Ashari

SGMS Faida