Hiburan By: Del14 January 17, 2020 @ 1:13pm

Nora Ariffin Pulang Umrah Berkerusi Roda

Terpaksa pulang dengan berkerusi roda, penyanyi Nora Ariffin mendedahkan dia mengalami kecederaan di kaki kirinya sewaktu mengerjakan umrah di Makkah baru-baru ini. 

Menceritakan pengalamannya itu,  menurut Nora ia terjadi ketika sedang menuruni puncak Jabal Nur selepas menziarahi Gua Hira. 

“Setiap kali menunaikan umrah, saya memang menyimpan hasrat untuk mengunjungi gua berkenaan.  Namun, hanya pada kunjungan kali ini baru impian itu tercapai.  Saya naik ke puncak Jabal Nur sekitar jam 1 pagi kerana hanya waktu itu ia tidak ramai orang mengunjunginya.

“Ketika itu, keadaan sangat gelap dan berangin.  Memandangkan kami perlu mengejar waktu Subuh, ketika menuruni bukit berkenaan, saya sedikit tergesa-gesa sehingga tergelincir dan terjatuh. 

“Akibatnya, kaki kiri saya tercedera dan terpaksa menggunkan kerusi roda atau tongkat untuk bergerak.  Doktor nasihatkan supaya saya berehat dan tidak memaki kasut tumit tinggi selama dua minggu,” katanya kepada BH Online.

Walaupun berdepan dengan ujian sedemikian dan hampir berputus asa mendaki Jabal Nur tanpa sebarang persediaan, Nora bersyukur kerana dia berjaya mencapai impiannya untuk ke Gua Hira’, tempat di mana Rasullullah SAW menerima wahyu baginda yang pertama.  

“Untuk sampai ke puncak sahaja ia mengambil masa selama dua jam.  Berikutan tidak membuat sebarang persediaan, hampir sahaja saya mahu menghentikan pendakian disebabkan tidak larat. 

“Namun, dorongan diberikan teman yang mengikuti rombongan membuatkan saya bersemangat untuk kembali menyambung pendakian,” katanya pelantun lagu Di persimpangan Dilema ini.  

Nora atau nama penuhnya Wan Norafizah Ariffin (46) kembali ke tanah air Ahad lalu dan akan mengerjakan umrah bersama peminatnya pada 18 Mac akan datang. 

 
 
 
View this post on Instagram

Yes!!!! Finally.???? Alhamdulilah syukur pada Allah swt. Setiap kali datang umrah, nora selalu berkata & berdoa. Satu hari nanti, saya nak naik gua hiraq. Allahuakbar…. ….. Allah maha mendengar doa nora selama ini. Sejarah dlm hidup, Hari jumaat 10 Januari, jam 2 pagi, nora akhirnya berjaya sampai di puncak GUA HIRAQ.. Lebih istimewa, tanpa perlu beratur ramai & menunggu lama, nora dapat solat tahajud & berdoa dgn cukup tenang. Terasa aura Rasullullah…bila kat sini. Allahuakbar….Sukar digambarkan dgn kata2. Mula naik jam 2 pagi, ambik masa 1.30 jam, cuaca yg agak sejuk, berangin, gelap, kena pakai touch light, tangga yg sangat curam dan menakutkan juga, amat memerlukan stamina yg luarbiasa. Alhamdulillah…its a teamwork. Semua masing2 memberi semangat & help each other. Gigih juga nk sampai….al maklum lah, umur 46, dah lama tak exercise, badan dan lemau & malam agak gelap…. Huhuuuuuu….mmg kerja gila jugak. Hampir nk give up, sbb tak larat. Namun….Demi ingin menghayati sejarah Rasullullah saw. Nora teruskan juga. Hasilnya mmg berbaloi. Speechless.? Pengalaman yg paling manis & berharga dalam hidup nora buat selama- lamanya. Kepada yg masih kuat, jom try naik gua Hiraq. Semoga ini menjadi inspirasi buat semua. Allahuakbar. Tq @umrah.eco kerana telah menjaga saya & sahabat2 lain. Jom umrah bersama @umrah.eco ??

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on

Kredit Foto: Instagram @itsnoraariffin

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Mon, 15 Aug 2022

Majlis Gender Reveal Mona Allen Dipersoal Ikut Budaya Barat?

Majlis gender reveal Mona Allen dan Pekin Ibrahim didakwa ikut budaya barat.

Featured Mon, 16 Jan 2023

Terpalit Dengan Lelaki VIP? Ini Respons Anna Jobling

Anna cantik sebab tu jadi tumpuan ramai

Hiburan Fri, 29 Nov 2019

“Berilah Kepercayaan Kepada Kami Untuk…” – Hans Isaac

Masih baru memegang pucuk pimpinan, bagilah peluang ok?

Filem Thu, 26 May 2022

Jayakan Watak G*y, Sean Ghazi Harap Penonton Berfikiran Terbuka

Penyanyi dan pelakon Sean Ghazi berpendapat sebagai seorang anak seni, sudah menjadi tanggungjawab besar untuk menghormati apa sahaja karakter yang telah diamanahkan oleh pengarah. Terbaharu, Sean menjayakan watak lelaki homoseksual dalam filem ‘Split Gravy Ke […]

Hiburan Fri, 18 Jan 2019

挥别7年情!邱翠雯靠创作《也许以后》自我疗伤

全新单曲《也许以后》,邱翠雯用创作记录了在放下7年感情后疗伤过程中的经历感受。

Hiburan Sat, 2 Sep 2023