OMG! Wawa Zainal Panik Accident Atas Air?

Pasangan romantis Aeril Zafrel dan Wawa Zainal berdepan saat cemas apabila jetski yang dinaiki mereka mengalami kemalangan.

Walaupun tidak mengalami kecederaan serius, gambaran dalam video yang dikongsi Aeril itu membuatkan netizen berdebar menontonnya.

Difahamkan pelakon drama Zahir Tak Terucap ini sedang bercuti bersama isteri dan ahli keluarga lain di Pulau Langkawi.

“Bahaya betul bagi perempuan bawa jetski ni. Habis dilanggarnya kami. Selamat team megawatersport cepat bertindak selamatkan kami. Tak tahu pahit ke manis kenangan ni,” tulisnya pada kapsyen di Instagram.

Video berdurasi seminit itu memaparkan situasi di mana sebuah jetskin dipandu oleh kakaknya datang ke arah mereka seterusnya hilang kawalan.

Apa lagi, terus menjerit ketakutan pelakon berlesung pipit itu. Nasib baik hanya cedera kecil sahaja!

Rata-rata netizen berpesan agar pasangan ini lebih berhati-hati walaupun memandu di atas air. Korang di luar sana pun, hati-hati okay?

SGMS Faida