Categories: HiburanSelebriti

Pakai Apa Yang Kita Rasa Cantik, Dottie Kongsi Tips Untuk Wanita Plus Size

Bertubuh besar bukanlah penghalang bagi pelakon Dottie untuk tampil yakin setiap hari.

Pelakon ini turut tampil sebagai model muzik video, Hajat nyanyian Hael Husaini, baru-baru ini.

Sejak muncul cantik dalam muzik video itu, Dottie turut dihujani soalan daripada peminat yang mahu tahu bagaimana dia membina keyakinan diri dan tampil dengan imej cantik.

“Belajar untuk terima dan sayang diri sendiri dulu, dari benda atau manusia lain. Klise bukan jawapan itu? Tapi itulah pendapat saya.

“Pakai je apa nak pakai. Apa yang kita rasa cantik. Tapi lebih sesuai kalau kita pakai yang selesa.

“Keyakinan diri tu kita sendiri harus rasa. Terima diri sendiri. Sayang diri sendiri. Fikir positif,” jawab Dottie.

Dottie atau Nor Syuhaida Abd Razak
menjawab beberapa soalan peminat yang diajukan kepadanya menerusi Instastory Ask Me A Question, baru-baru ini.

Ha, dengar tu… untuk individu yang berbadan plus size, jangan rasa rendah diri. Setiap manusia dilahirkan dengan kecantikan tersendiri.

SGMS Faida